Hasil Tangkapan Di Perpustakaan Negara

Beberapa minggu lepas koleksi novel yang Reen pinjam di Perpustakaan Negara telah habis di baca. Jadi Reen pun ke Perpustakaan Negara semula untuk memulangkan dan meminjam novel-novel yang baru.

Setiap kali ke perpustakaan, setiap kali itulah Reen terbayang-bayang memiliki sebuah mini perpustakaan Reen sendiri suatu hari nanti. Ianya adalah salah satu impian Reen.. Terasa seperti di syurga buku.

Oh ye tak ye, satu tabiat Reen.. Reen suka bau buku lama. Wangi! Bila bau.. Terasa mendamaikan. Pelik kan? Dari satu rak ke satu rak.. akhirnya inilah novel pilihan Reen.

Hasil Tangkapan Di Perpustakaan Negara

Pilihan novel Reen kebanyaakkan adalah dari Karya Seni. Mmmmm.. Kenapa Reen suka baca buku dari Karya Seni ya? Sebab.. Banyak sebenarnya ilmu bermanfaat yang Reen belajar dari novel-novel ini.

Novel terbitan zaman moden ni bukan hanya bercerita tentang cinta, ada juga di selit tauladan, tentang agama, ilmu rumahtangga, perniagaan, penyakit yang kita jarang dengar dan pelbagai lagi.

Novel terbaru yang Reen telah selesai baca adalah Cinta Paling Agung. Banyak sebenarnya pengajaran yang Reen dapat dalam novel ni. Antaranya..

Realiti tidak semudah angan-angan. Kehidupan rumah tangga sebenar tidak sesenang yang kamu fikirkan. Sudah ditentukan oleh Allah, bahawa lelaki itu pembimbing wanita, jadi jangan tunjuk lagak untuk kamu membimbing lelaki pula.

Itu semua sudah ditentukan oleh Allah. Jangan cuba hendak melawan ketetapan. Angkuh dan bongkak namanya itu. Ada.. Memang ada isteri yang boleh membimbing suami, tetapi amat jarang berlaku..

Biasanya dia yang akan turut sama hanyut bersama suaminya. Hakikat sebenar begitulah. 

In sya Allah.. Reen akan buat review untuk setiap novel yang Reen baca. Ilmu yang bermanfaat, kita kongsi bersama.

Novel Cinta Paling Agung ini, Reen sangat recommend untuk korang baca lebih-lebih lagi untuk suami isteri.

Kalau di tambah semua novel yang Reen dah pinjam dari Perpustakaan Negara, rasanya jumlah duit poket yang Reen dah jimat lebih kurang RM300 ke atas. Alhamdulillah.. Rezeki dapat pinjam secara percuma, jangan di lepaskan. ;p

20 comments:

  1. WAHHH terigin jgk nak ada mini perpustakaan sndri.. tbayang kalau tgk movie cerita org barat, org2 kaya ada mimi perpustakaan.. bnyaknya reen pinjam bukan limit 3 je ke?? atau lebih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skrg max 6 buah buku unni.. Hehee banyak kan. Puas baca.. Tp 6 buku ni pun rasa xckup. Kalau boleh nak 12.. Muehehee

      Delete
  2. kak pun suka pi pinjam buku di perpustakaan kulim.free ja cuma bayar duit ahli ja.alhamdulillah banyak manfaatnya kan bila banyak membaca ni...reading is a good hobby

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. Banyak manfaatnya.. Kita gunakan sebaiknya heheee

      Delete
    2. Hi kak Nadia, orang kulim ka kita, hehehehe geng la!

      Delete
  3. Sama la reen suka jugak baca buku lama .. unik gitu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Hehee tp buku lama bahasa kadang memeningkan.. Cuma bau buku lame yang paling best.

      Delete
  4. Realiti tidak semudah angan-angan. Kehidupan rumah tangga sebenar tidak sesenang yang kamu fikirkan. Sudah ditentukan oleh Allah, bahawa lelaki itu pembimbing wanita, jadi jangan tunjuk lagak untuk kamu membimbing lelaki pula.

    Itu semua sudah ditentukan oleh Allah. Jangan cuba hendak melawan ketetapan. Angkuh dan bongkak namanya itu. Ada.. Memang ada isteri yang boleh membimbing suami, tetapi amat jarang berlaku..

    Biasanya dia yang akan turut sama hanyut bersama suaminya. Hakikat sebenar begitulah.


    Saya suka sangat dengan kata-kata dari buku ni,sebab dah banyak yang saya perhatikan kes ni sekeliling, memang nyata walaupun tak semua. Kalau tak salah dua dari novel yang kak reen pinjam tu dah didrama/filemkan kan?

    Mai pun suka pinjam dari library, sebab mai sejenis yang jarang repeat dua kali novel. KECUALI NOVEL TU BEST GILER mesti nak kena cari pula simpan dalam stok,hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang drama tu xpasti Mai.. Hehee akak tau baca je. Tapi memang best.. Tentang ayat tu, sebab tu kena pilih calon suami yang terbaik..

      Yang dapat bimbing kita ke Jannah..

      Hahaha sama gn akak.. Memang jarang sgt repeat 2x.. Sebab tu pinjam je. Save sangat..

      Delete
  5. wah bnyknyaaaa.. semua tebal2.. hehe. slamat membaca akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe thanks dik.. Best membaca. Buatkan akak lupa tentang dunia akak yang buat masa ni ada part kurang best.. Kui kui kui

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Ada satu buku tu pun Sha baru pinjam dekat Perpustakaan Negara (library tempat Sha keje nie memang buat pinjaman 400 buah buku dari perpustakaan negara setiap 3 bulan). Bau buku memang best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sangat sangat best bau buku! :p

      Delete
  8. bestnya..saya pun dri sklh lg teringin nak ad mini library sndiri..mesti lepak tak keluar2 dh..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha yup! Duk memerap dalam rumah sambil baca dan baca..

      Delete
  9. sy cari juga tp novel yg sy nk selalu x ada ;-(

    ReplyDelete
  10. Bestnya ! Mek buku ade tp mase tkde nk bace --' Tuntutan kerja melebihi.

    ReplyDelete
  11. Banyaknyaaa!! Ni bila boleh habis ni Reen? Hahahaha. Kalau Nad ni berkurun baru boleh habis ni.

    ReplyDelete
  12. Uikk banyaknye novel reen pinjam.. Tak pernah pulak jejak perpustakaan.. Tak sangka ada novel.. nnti leh terjah jugak..

    ReplyDelete