Antara Dua Pilihan

Korang.. Percaya tak yang dalam kehidupan kita, Allah beri kita dua pilihan dan setiap pilihan yang kita buat akan ada kesan baik dan buruknya?

Contoh seperti.. Allah beri kita dua pilihan. Sama ada nak mendirikan solat Subuh atau tidak dan contoh kita pilih tidak. Bermakna kita akan dapat dosa sebab meninggalkan solat Subuh. Tetapi, sekiranya kita pilih untuk mendirikan solat.. Alhamdulillah.. Pahala ganjarannya. Bukan pahala saja, kita akan rasa dekat dengan Allah.. Rasa tenang..

Antara Dua Pilihan
Sama juga kebahagiaan. Korang percaya tak yang kebahagian tak akan datang tanpa usaha? Maksud Reen.. Kita nak bahagia dengan pasangan kita, tapi kita tak usaha. Kita hanya serahkan sebulatnya pada takdir Allah.

Contohnya.. Seperti.. Kita tak tunjuk yang kita sayang dan hargai pasangan. Pada kita, cukup kita dan Allah sahaja tahu yang kita sayang pasangan kita.

Sama juga seperti tentang pekerjaan, korang nak berjaya.. Nak di naikkan pangkat.. Atau mungkin nak di naikkan lagi gaji. Untuk dapatkan kenaikan tersebut, korang kena buat pilihan.. Berusaha lebih gigih atau buat seperti biasa yang dimana menyebabkan korang masih ditakuk yang sama.

Seperti juga dalam berblogging, korang nak jadi blogger terkenal atau mempunyai pelawat yang ramai. Tetapi.. Untuk dapatkannya, sudah tentu korang kena cari jalan dan usaha serta menukar strategi agar blog korang lebih dikenali.

Sekarang ni.. Reen diberi dua pilihan. Pilihan untuk terus bersabar.. Sabar dan bersabar dengan dugaan yang sama bakal terjadi berulang kali lagi yang Reen sendiri tidak pasti sampai bila Reen patut bersabar dan tunggu agar Reen dapat kebahagiaan Reen..

ATAU

Reen undur diri dan mencari kebahagiaan Reen sendiri? Reen dah buat solat istikarah.. Dan selepas solat, pelbagai perkara Allah tunjuk pada Reen.. Dan apa yang Allah tunjuk, semuanya berkaitan dengan pilihan no dua.

Dah pelbagai usaha Reen buat.. Dah pelbagai cara Reen lakukan.. Setiap kali jatuh, Reen bangun semula.. Dan usaha lagi.. Tetapi.......

Orang yang tak kenal Reen, yang tak tahu tentang Reen akan fikir Reen lah punca segala-segalanya.. Reen lah penyebabnya.. Tetapi hakikatnya, hanya Allah sahaja yang tahu kebenarannya..

Memang sukar untuk Reen buat pilihan ke dua. Tetapi.. Sampai bila? Sampai bila harus Reen tunggu dan kejar perkara yang Reen sendiri tidak tahu dan pasti bila pengakhirannya. Sampai bila Reen harus mengharap?

Kadang Reen terfikir, adakah Reen manusia yang tidak bersyukur?

Reen dah penat usaha.. Penat jatuh dan bangun semula kemudian jatuh lagi. Penat.. Bila acap kali plaster tiang, tetapi kerap kali juga retak semula dan kemudian plaster lagi. Bukan sebulan.. Bukan 6 bulan.. Tapi hampir 3 tahun lebih Reen bertahan. Penat.. Serius penat.

Walauapapun bakal terjadi selepas ini, Reen berserah pada Allah. Biarlah Allah yang menilai baik dan buruk akan pilihan Reen ini. Hanya Allah yang berhak menilai.. Sebab DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

Reen redha apa jua ketentuan Allah. Andai sampai sini sahaja, alhamdulillah.. Andai masih panjang pun alhamdulillah. Dua situasi ini masing-masing ada baik dan buruknya. Cuma Allah lebih tahu yang mana terbaik untuk Reen.

Walau diberi ujian sebegini, alhamdulillah.. Allah juga berikan Reen senyuman. Senyuman dalam perniagaan comel Reen. Melayan kerenah customer yang comel-comel serta baik dan cantik. Hehee

Dan juga senyuman bila customer Reen suka dengan servis Reen. Semalam Reen ke tempat borong barang perniagaan Reen.. Ada pula item terbaru. Bukan main suka lagi Reen tengok.. Sebab cantik. Sempat juga Reen cuba dulu sebelum Reen buat keputusan untuk jual dan alhamdulillah memang awesome.

Antara Dua Pilihan

Reen suka tengok packaging Nars dan Mac ni,, Cantik! Warna pilihan pun cantik. Bila pakai kat bibir pun nampak cantik, selesa, tekstur yang ringan, tak melekit. Wuhuuuuuu! Itu yang bergambar dengan mulut muncung macam itik. Mueheeee ;p

21 comments:

  1. Dari apa yg kakak baca kakak nampak Reen kuat walau dlm hati Allah jua yg tahu
    Teruskan misi moga apa yg diimpikan menjadi kenyataan.
    Percayalah Allah dah susun atur yg terbaik buat Reen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tahu.. Sampai bila boleh bertahan dan kuat kak.. Rasa dah penat sangat.. Amiin.. Harap begitu lah kak..

      Delete
  2. InsyaAllah reen, ada jln yg terbaik buat reen, i know u are strong beb, tapi apa yg bolh zie bagi hanya doa yg baik2 utk reen..

    ReplyDelete
  3. InshaAllah pasti akan ada keputusan yang terbaik buat reen

    ReplyDelete
  4. InshaAllah, saya harap akak terus kuat dan mampu membuat keputusan yang terbaik dalam hidup :)

    ReplyDelete
  5. Setiap dari kita diuji reen, dan setiap org ujiannya berbeza. Adanya ujian sebenarnya membuatkan kita lebih kuat dan lebih dekat dengan Allah jika kita sabar, dan mencari Allah sbg tempat kita mengadu, merintih, bercakap2 meluahkan apa saja yang terbuku. In shaa Allah reen kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Reen sokong kata2 akak. Hehe ujian dan dugaan membuatkan kita lebih dekat Dengan Nya..

      Terima kasih kak..

      Delete
  6. Reen, klau ketentuan yg Allah atur, itu yg trbaik. Memang penat sbb mlibatkan perasaan tapi caye lah reen, one fine day - awk akn kuat and time tu no more tears drop ! Nnt dia pulak yg akn rase awk rase skang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen setuju.. One fine day yunk.. Skrg ni pun dah mula rasa, biarkan..malas nak pk. Buat hal sendiri je hahahaa

      Delete
  7. Ya atau tidak, nak atau taknak, semua tu memang kita kena decide,tapi yang nak pastikan berjaya atau tidak kita menjalani pilihan tersebut bukan kerja kita, tawakal dan berserah.

    Apapun yang kak reen sedang pilih, Mai doakan pilihan Kak Reen itu adalah pilihan terbaik yang dilakukan oleh hati yang dipimpin Allah. All the best kak reen, lebiuuu.

    ReplyDelete
  8. in shaa Allah kak reen. doa banyak2 minta petunjuk, harap pilihan yang dipilih tu pilihan yang terbaik.

    ReplyDelete
  9. Dalam hidup, kita dibagi pilihan. Pilihan yg kita pilih, itulah takdir kita. Moga Reen terus tabah menghadapi segala ujian dan dugaan dalam hidup. Hati kena sado 💪💪💪 Qowiy

    ReplyDelete
  10. InshaAllah akak kuat.. jangan pernah berhenti berdoa.. sbb Allah selalu mendengar doa hambaNYA.. btw akka comel sngt. hehe. <3

    ReplyDelete
  11. Apa juga masalah yang Reen hadapi sekarang semoga terus tabah, sabar dan kuat.

    Allah menduga seseorang itu mengikut kadar kemampuan mereka.

    In Sha Allah doa yang baik-baik pasti dapat keputusan yang baik-baik juga.

    ReplyDelete
  12. InSyaAllah reen .apa yang belum berlaku lagi tu hanya Allah yang tahu,,, tapi reen jangan terus berhenti berharap berdoa dari Allah .. dia lah yang tahu segalanya terbaik buat reen.. hokeeyyy

    ReplyDelete
  13. Semoga berjaya dalam business reen ... coml jerr reen ahaa

    ReplyDelete
  14. ujian mmg memenatkan sbb di situlah KPI yg hendak kita persembahkan kepada Dia. tp kita juga punya pilihan sama ada nak terus 'penat' krn manusia atau 'penat' kerana berusaha utk Dia. usah berhenti mengharap dan berdoa. Dia x kn beri ujian ini kalau kita tak mampu menghadapinya...

    ReplyDelete
  15. pilihan berada di tangan kita tapi jangan sesekali buat pilihan yang salah, padah jawabnya. jika dua pilihan yang ada, lebih baik meminta pertolongan Allah untuk dapat jawapan yang sebenar. insyaAllah, Allah selalu bersama kita, :)

    ReplyDelete