Cara Memakai Kasut Baru Supaya Kaki Tidak Sakit

Assalamua'laikum.. Hi!

Korang tentu perasan kan, bila pakai kasut baru beli ada masa membuatkan kaki korang luka, pedih atau sakit. Jom baca beberapa cara yang terbukti berkesan untuk memakai kasut dan kaki korang tidak akan luka, pedih ataupun sakit.

Cara Memakai Kasut Baru Supaya Kaki Tidak Sakit


1. Bedak Bayi

Satu cara yang baik untuk mengurangkan geseran antara kaki dan kasut korang adalah dengan menggunakan bedak bayi. Hanya perlu taburkan sedikit bedak bayi ke dalam kasut sebelum pakai. 

Ianya berfungsi dengan baik juga kalau korang tak pakai stokin. Walau bagaimanapun, korang perlu pastikan yang kaki korang betul-betul kering.

2. Pelekat Plasters

Rasanya cara ini ramai yang dah tahu. Betul tak? Dengan melekatkan pelekat plasters, ianya dapat mengurangkan geseran kulit kaki anda dengan kasut. 

3. Deodorant

Deodorant juga membantu untuk menjaga kulit kaki korang dari luka, pedih tau. Hanya perlu sapukan di bahagian yang kerap luka dan lihat hasilnya.


4. Silikon khas untuk kasut

Di farmasi atau pasaraya juga ada menjual silikon yang khas untuk diletakkan didalam kasut anda untuk melindungi kaki anda dari melecet dan tidak selesa.

Lepas ni beli kasut baru dah tak ada masalah kaki sakit, pedih atau luka lagi! Selamat mencuba. 

20 comments:

  1. Cik renex selalu guna plaster. Skrg pun ade ag parut sbb melecet hari tu. Pernah dengar jugak satu petua ni. Gigit hujung kasut tu sblm kasut tu gigit kita. Tp xpernah lak try petua tu. Haha

    ReplyDelete
  2. Yelah Reen kekdah yg guna plaster tu mmg femes tau. Mmg siksa kalau melecet kaki ni. Tak enjoy terus nak berjalan huhu...

    Sejak lama tak pakai kasut tutup belakang ni mmg jaranglah kena melecet melecet gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa sama kak.. Bila dah melecet, aih.. Jenuh terjengket-jengket hahaha kalau boleh nak berjalan kaki ayam je kak. Haa senang.

      Delete
  3. Orang kata sebelum pakai kasut baru, gigit dulu kasut tu.
    Lagi satu, pakai kasut yang fleet aje tentu X melecet.
    Atau pakai seliper.

    ReplyDelete
  4. Senang kata pakai aje setokin memang selamat Reen
    Janji jangan beli yg ketatlah..

    ReplyDelete
  5. Org tua2 soh gigit kasut baru sblm pakai. Wallahualam ;)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah banyak jugak cara ni..boleh cuba nanti..tq reen

    ReplyDelete
  7. ooo bolehlah try letak bedak baby tu, tapi tak licin ke nanti ek..hehehe

    ReplyDelete
  8. irda selalu menghadapi masalah ni...terima kasih reen sharing ni.nak trylag deodorant or bedak bayi tu.plaster pun nak try.kaki irda skrg ni belakang tu dah berparut sebab kasut.huhu

    ReplyDelete
  9. Nerguna jugak petua ni terutamanya kalau jenis kasut bertutup belakang semua.. pernah melecet sebab pakai kasut...

    ReplyDelete
  10. Akk tak pakai kasut, pakai selipar je, jadi takdolah melecet. Tapi elok juga bole bagi kat ank kat kolej tu, dia pakai kasut. Tq ya reen.

    ReplyDelete
  11. adik sllu luka dkt blakang tumit tu. huhu. sakit! tq akak.. <3

    ReplyDelete
  12. wahh nice info.. tpi dulu2 org sllu bgi petua kalau xnk kaki sgt pakai kasut kena suruh gigit.hahahaha.. cuba guna tip ni.. thks reen :)

    ReplyDelete
  13. Teringat pulak petua gigit kasut ni dulu kat asrama kawan Mrs. A memang sanggup gigit kasut baru dia punyalah tak nak melecet.

    Tapi sekarang dah ada silikon khas utk kasut tu. Itu memang bagus tak melecet dah

    ReplyDelete
  14. sy ikut petua lama gigit kasut hehehe pastu telan air liur sebab pahittttt hahahahaha

    ReplyDelete
  15. nice tips nie dear . nadia selalu pakai plaster je . Tak tahu pulak yang lain pun boleh digunakan .

    tq sharing =)

    ReplyDelete
  16. Bedak cam licin je reen. Kalau deodarant tu cam ok :) Mek pun baru tahu.

    ReplyDelete