Bercuti Di Cameron Highlands

Assalamua'laikum.. Hi..!

Dah hampir seminggu lebih Reen tak update entry terbaru kan? Minta maaf ya. Sejak dua menjak ini terlalu banyak program sehinggakan Reen kurang focus di dalam dunia berblogging.

Korang rindu Reen? :p Reen pun rindu kat korang tau! 😘


Entry kali ini Reen nak kongsi dengan korang tentang pengalaman Reen bercuti di Cameron Highlands pada 3 & 4 Disember 2016.

Bercuti Di Cameron Highlands

Hari Sabtu, last minit hubby whatsapp Reen tanya nak ikut pergi Cameron dengan team kerja dia. Mulanya Reen tak nak, tapi... Bila terkenangkan makan buah strawberry dengan environment yang sejuk dan jambu jeruk di pasar malam, terus setuju.

Haa.. nampak tak betapa kuatnya pengaruh makanan pada Reen. ;p Sementara menunggu salah seorang team hubby, kita berselfie dulu.

Bercuti Di Cameron Highlands

Bila tengok gambar ni, Reen nampak macam makin tembam. Kui kui kui :p

Dalam perjalanan, sempat Reen, hubby dan team hubby singgah kedai makan Lemang To'ki yang berada di Bentong.

Ini adalah kali ke dua Reen dan hubby singgah makan kat sini.

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron Highlands

Team hubby, dari kiri Reen rasa nama dia Amirul. Sebelahnya adalah Atikah dan Apek.

Bercuti Di Cameron Highlands

Atikah, Zati (tunang Apek), Wan, anak-anak Kak Jijah & Kak Jijah.

Bercuti Di Cameron Highlands

Kalau teringin nak makan lemang, tak perlu tunggu waktu raya.. Boleh terus ke sini untuk menjamu selera lemang To'ki.

Boleh makan lemang dengan rendang ayam atau daging. Cuma.. Waktu kami nak order, rendang dah habis.

Bercuti Di Cameron Highlands

Kat sini ada masakan panas juga. Kalau nak order lemang, ayam atau daging bakar.. Boleh order di kaunter khas ini.

Bercuti Di Cameron Highlands

Dari hari raya lepas Reen tercari-cari ketupat palas. Bayangkan betapa gembiranya bila Reen jumpa ketupat palas kat sini.

Tapikan.. tak puas sebab rasa ketupat palas ni tak sesedap macam ketupat palas yang Reen pernah makan sebelum ni.

Tunggu raya nanti, Reen akan menjalankan misi untuk mencari ketupat palas atau belajar masak sendiri.

Bercuti Di Cameron Highlands

Inilah ayam bakar dari kedai makan Lemang To'ki. Reen suka kuah asamnya. Fuh. Sedap, pedas dan nyumiieee.

Bercuti Di Cameron Highlands

Yang kat hujung sana nun tu, Abang Zali, isteri dan anaknya. Mereka ada waktu zaman Reen baru nak kenal dengan hubby dulu, zaman waktu Reen tak bertudung, hinggalah bertudung dan zaman waktu majlis Reen dan hubby. Eh.. berapa banyak kali zaman daaa.. ;p

Bercuti Di Cameron Highlands

Bila dah sampai atas.. Ya Allah.. Cantiknya.. Dari mengantuk terus jadi segar. Sayang tak dapat snap gambar lampu ni sebanyak yang boleh untuk di jadikan sebagai kenangan. Reen suka sangat tengok lampu-lampu waktu malam macam ni.

Bercuti Di Cameron Highlands

Kami semua terus singgah pasar malam di Cameron Highlands. Horeeee! Dapat beli jambu jeruk. Keluar je kereta, wah.. Sejuk! Udara pun rasa bersih je. Pastu mulalah Reen berangan terasa macam ada kat luar negara gitu. ;p

Jambu jeruk yang Reen nak beli, wajib ada nama Cameron Highlands sebab sedap. Kalau brand lain, mereka proses jambu yang masih muda, keras, rasa pun macam payau sikit.

Ada satu kedai yang Reen singgah, amoi tu cakap.. Jambu ni di proses di Ipoh.. Tapi Cameron punya. Bila Reen tengok kat plastic packaging, tak ada brand Cameron.. Terus Reen letak balik dan cari kedai lain.

Sebab tu Reen kena ikut.. Kalau suruh hubby beli, confirm dia akan beli jambu apa yang ada saja. Kui kui kui ;p

Selesai membeli belah di pasar malam, kami semua pun gerak ke apartment. Dah terbayang-bayang tilam untuk berehat dan bermimpi.

Bercuti Di Cameron Highlands

Reen lupa nama apartment ni.. Mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air. Kelengkapan yang lengkap disediakan. Boleh masak, ada extra toto dan selimut. Sejadah, kain pelekat dan telekung pun ada disediakan.

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron Highlands

Bilik yang Reen kongsi dengan Zati. Kemas kan?

Bercuti Di Cameron Highlands

Ini pula bilik master, ada bilik air. Bilik khas untuk Abang Zali, isteri dan anak sebab mereka hubungan jarak jauh.

Abang Zali kerja di KL manakala isterinya di Slim River. Mereka lebih memerlukan untuk tidur bersama dari Reen dan hubby. Eceh ceh :p

Bercuti Di Cameron Highlands

Ini pula bilik Atikah, Kak Jijah dan 2 orang anak Kak Jijah. Yang lelaki semua kena tidur kat ruang tamu.. Kecuali Abang Zali.

Lepas Reen mandi, memang Reen dan Zeti orang pertama yang tidur dulu. Tak tahan.. waktu tu dah pukul 2 pagi. Mata pun dah merah sebab mengantuk.

Keesokkannya, selepas breakfast.. Masing-masing bersiap. Waktu ni agak kelang kabut. Tak tahu pula Reen yang dorang masih belum berbincang kemana arah tuju sebenarnya.

Sorang nak pergi sini, sorang nak pergi sana. Sorang kata ladang teh kat atas, sorang kata ladang teh kat bawah.

Kejap sesat ke sana, kejap sesat ke sini. Sabar je lah.. Apa yang Reen tau, ladang strawberry wajib pergi kat tempat yang Reen nak. Heh ;p

Selepas hubby dan team lelaki hubby berbincang, akhirnya mereka decide untuk ke ladang teh Cameron Valley Tea House terlebih dahulu.

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron Highlands

Waktu ni Reen hanya duduk di atas tiang besi yang disediakan dengan isteri Abang Zali. Hubby dan team dia yang lain bergambar dibawah.

Lagi best layan pemandangan kat atas, dengan angin sepoi-sepoi bahasa.

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron Highlands

Taraaa! Inilah tempat strawberry yang Reen nak pergi sangat-sangat bila datang Cameron iaitu Healty Strawberry Farm.

Sebab.. buah kat sini lebih-lebih lagi buah strawberry yang besar memang rasa sedap dan manis. Tak masam tau.. Walaupun bawa balik KL pun masih tetap rasa sedap dan tak masam.

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron Highlands

Untuk makan kat sini, Reen pilih buah yang kecil. Nyumiieee. Sedap makan dengan cream dan choc.

Bercuti Di Cameron Highlands

Ais krim pure strawberry. Fuh.. Sedap.. Tapi manis. Reen makan setengah je, lepas tu suruh hubby habiskan.

Bercuti Di Cameron Highlands

Waktu ni Apek bukan main lagi cakap strawberry kat sini sedap dan kemudian bergambar sebagai kenangan dengan buah strawberry yang dia beli.

Lepas tu kami semua terus ke ladang Teh Boh untuk bergambar. Waktu ni Reen just keluar sekejap ambil gambar pemandangan dan kemudian lepak dalam kereta.

Bercuti Di Cameron Highlands

Bercuti Di Cameron Highlands

Hubby, Amirul kot, Wan, Atikah dan Kak Jijah.

Banyak lagi tempat yang boleh kami pergi sebenarnya, macam ladang bunga. Hmmm.. Tapi disebabkan banyak masa di habiskan dengan jalan yang sesak dan tiada perancangan lebih awal lokasi yang nak dituju, hanya dapat pergi beberapa tempat sahaja.

Reen teringin nak pergi ke ladang bunga, teringat waktu Reen pergi ke rumah 4 musim di Shah Alam. Bau bunga yang sangat wangi.

Kebetulan waktu Reen pergi adalah musim bunga. Reen rasa macam tak nak balik dan nak tidur je kat situ tau.

Wangi teramat sangat. Terfikir juga, agaknya kat luar negara yang mempunyai ladang lavender, vanilla dan sebagainya tentu lebih wangi kan?

25 comments:

  1. selalu tengok org pergi cameron mila belum pernah sampai lagi sadisnya haha...reen pakai hp apa tangkap gambar cntik pulak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen guna hp Vivo V3Max.. Alhamdulillah. Berbaloi dan jatuh cinta dengan hp ni. Murah pun murah. Heeee

      Nanti ada rezeki, dapat pergi.. In sya Allah.. :D

      Delete
  2. sedap nya strawberry. dh lama tak pergi cameron. rindu pulak rasa nak ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi dah berapa lama tu Lela tak pergi Cameron..?

      Delete
  3. Wah lama gak reen melenjan kt CH, akk dpt pegi dua hari satu mlm je, tu pun tak seronok sbb tgh hujan, sejuk sesangat.
    Best kan, bunga2 nya cantik sangat, walaupun bunga tanam tepi jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen pun pergi 2 hari 1 malam je kak.. Hihi waktu Reen pergi tak hujan.. Hanya mendung. Wuhu sejuk. Seronok hehehee

      Delete
  4. Rindunya kat reen.. Lama x bersiaran.. Sihat x reen.. Cameron!! Penah pegi sekali time sklolah rendah lagi. Nak sgt pi sana lagi.. Jeles nya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen pun rindu unni :D

      Aa lama dah tak up entry terbaru.. Ish ish.

      In sya Allah ada rezeki nanti boleh Unni pergi. Merancang dengan kawan2 travels unni untuk ke Cameron..

      Delete
  5. Seronok kan kak reen jenjalan ramai-ramai mcm tu, sebenarnya Mai tak pernah sampai lagi Cameron Highland, teringin juga nak naik sana berhi-tea dengan makan strawberry, hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok tu.. Memang seronok mai. Yang tak seronok tu.. Akak tak dapat make love gn suami akak kat Cameron. Hahahhahaahaaaaa

      Dah cakap awal2 gn die.. G cameron teringin nak make love. Ish.. Frust nonggeng akak tau.

      In sya Allah.. Ada rezeki leh sampai. Lagipun, dari tempat mai nak ke cameron. Fuh. Jauh jgk.

      Delete
  6. mesti la rindu akak. <3 bestnyaaaaa jalan2 makan strawberri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best dik.. Sedap. Hihi best g waktu ni. Lg2 akk jenis suka sejuk.

      Delete
  7. bestnye !!!!!! musim hujan tak kat sana reen ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak.. Waktu Reen pergi xhujan. Line clear. Sejuk je :)

      Delete
  8. Ainaa pun baru bulan lepas balik dri cameron. pegi time bulan lepas sejuk sbb asyik hujan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi betul. Sedap kan sejuk. Suka reen.

      Delete
  9. yg syok nak makan strawberi ja...dgn rasa suasana kehijauan di sana

    ReplyDelete
  10. Bersihnyaaa rumah yang reen stay tue . Masa nadia gie cameron hari tue , rumah nadia stay tue kotor rasa nak marah je bila check in .

    Nadia suka ice cream pure tueee . Masa dkt sana makan bnyk ice cream the even dkt atas time tue sejuk . Cantik lah ladang teh tue

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa Nadia bayar? Ish.. Dorang xbersihkan dulu sebelum Nadia sampai ya. Lepas tu.. Terpaksa la nadia dan yang lain kemas?

      Hahaha walaupun sejuk, tetap makan ais krim ya. Mau taknya.. Kat bawah susah nak dapat ais krim pure.

      Delete
  11. sy jg yg x smpi2 lg CH hehehe... cantik view nyer...rs nk guling2 hindustan laa plak ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa kalau pokok teh tu kuat, dapat baring atas pokok teh tu memang best sambil guling2. Weeee berangan. Hahahaa

      Delete
  12. saya 24 tahun hidup blm merasa lagi nak ke sana..! hahaha.. sekarang ni kawasannya elok lagi ke banayk yg dah ditarah ae? huhu.. kita cuci mata la tengok entri ni,ada rezeki nak juga ke sana. hehe

    jadi,ada pengalaman mistik ke apa dekat sana? (*kes baca cerita seram dekat Fiksyen Shasha..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa alhamdulillah.. Tak ada pape pengalaman misteri. Dalam rumah yang kami sewa satu malam pun tak ada pape.

      Rasanya elok lagi yunk.. Tak nampak banyak pembangunan baru. Macam sama je seperti sblum ni jejak ke sana.

      Delete
  13. Wah best nye cameron highland ^,^. Teringin sangat nak pergi. Tp xde rezeki lagi nak sampai sana. Huhu dari mengandung, mengidam nak makan strawberry cameron highland punya. Haha sampai 2 dah anak, tapi tak dpt2 makan strawberry cameron highland hahaha sedih sangat ! Hahaha

    ReplyDelete