Anak Angkat, Bukan Rezeki Kami

Kelmarin, Reen dapat chat dari group keluarga belah suami info tentang anak angkat. Bayi perempuan yang baru berusia 3 bulan dan dijaga oleh pasangan suami isteri, keluarga angkat bayi tersebut.

Tetapi, mak angkat bayi tersebut baru 3 hari meninggal dunia waktu Reen dapat tahu tentang anak angkat ni. Jadi, bapa angkat bayi tersebut ingin mencari keluarga angkat baru kerana usianya yang dah 60 tahun.

Anak Angkat, Bukan Rezeki Kami

Bila Reen dapat tahu, Reen terus cakap nak. Tapi sebelum Reen ambil keputusan muktamad, Reen kena berbincang dan dapatkan persetujuan suami terlebih dahulu.

Akhirnya suami bagitahu yang dia perlukan details tentang bayi tersebut. Mana tau mungkin bapa angkat tersebut mengenakan syarat seperti kena bayar untuk dapatkan bayi.

Semalam.. Ibubapa biras Reen melawat keluarga tersebut dan dalam pada masa yang sama ingin bertanya butir-butir tentang bayi tersebut.

Tapi.. Sayang sebab tuan rumah tak ada. Reen percaya pada qada dan qadar Allah. Reen percaya Allah akan berikan yang terbaik untuk baby, Reen dan suami.

Apapun keputusan Allah, Reen redha. Malam kelmarin.. Tidur Reen tak lena. Terbayang-bayang rumah kami ada anak kecil. Terbayang-bayang kehidupan kami suami isteri akan berubah bila ada anak kecil.

Bila terjaga, teringat baby. Kejap-kejap terjaga, teringat baby. Terasa rindu walaupun Reen tak tengok pun baby lagi.

Semalam.. Biras Reen hantar chat bagitahu yang baby tersebut dah ada keluarga angkat baru. Alhamdulillah.. Ini keputusan terbaik dari Allah untuk baby, Reen dan suami. Keluarga angkat baru baby tersebut seorang cikgu. In sya Allah masa depan baby lebih cerah.

Semoga baby tersebut membesar menjadi anak yang soleha.. Anak yang bijak.. Dan dilimpahi dengan kasih sayang keluarga baru.

42 comments:

  1. Orang lain menganggap kita sentiasa gembira tapi dalaman kita ada se suatu yg tidak kelihatan menyekat untuk kita gembira seperti pasangan yang lain. Ianya merupakan keperitan perasaan. Keperitan itu bukan nyata seperti kufis, itu sebab orang lain tak nampak.

    Andainya kita sanggup bersama keperitan itu, dengar keluhan keperitan itu, hormat perasaan itu dan percaya kepada qadak and qadar - masa akan menggerakkan kita untuk menghilangkan keperitan itu dgn mendapat benda2 yg baruyg setimpal dgn keinginan kita. Believe me reen. As u know that i never comment for the sake of blogwalking.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Reen percaya Allah sedang aturkan perkara yang lebih baik untuk reen dan suami. :)

      Delete
    2. Semoga Allah mengkabulkan doa2 dari sahabat2 reen sebelum ini untuk reen mendapat cahaya mata. Saya turut berdoa seperti mereka. Kerana dengan doa sahaja yg saya mampu menolong se orang kawan. Amin.

      Delete
    3. Amiin.. Terima kasih adam.. In sya Allah.. Kadang rasa macam nak saja ajak suami ke Kelantan.. Atau ke rumah orang susah.. Yang ramai anak.. Dan kurang berkemampuan.. Yang dapat berikan seorang anak mereka kepada kami.. Untuk kami jaga.. Didik seperti anak sendiri..

      Kadang bila dengar tentang kes buang bayi.. Terasa seperti nak je bagitahu mak bayi tersebut.. Kenapa buang.. Bagilah kat reen dan suami.. :)

      Ramai sebenarnya pasangan suami isteri yang menungu zuriat.. Kat dalam group facebook anak angkat, kalau ada berita tentang anak angkat..

      Ramai yang akan komen.. Sampai ada yang sanggup berikan wang tunai.. Ada yang sehingga rm8k untuk dapatkan anak angkat..

      In sya Allah.. Tiba masanya Allah akan permudahkan untuk Reen dan suami mempunyai zuriat sendiri.. Amiin..

      Delete
    4. Hi reen. Boleh saya tau dari mana ya nak dapt ank angkt lagi. Saya dh lama nak cari nk angkat. Lama dh lwin tpi blum ada anak lgi.

      Delete
  2. insyallah ada rezeki tu nanti reen yg lebih baik.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah.. Hehee betul.. Ada yang lebih terbaik Allah nak beri..

      Delete
  3. Inshaa Allah, ada rezeki yg lain..teruskan meminta padaNya..

    ReplyDelete
  4. InshaAllah akak akan diberkan cahaya mata. antara cepat atau lambat sja. adik sntiasa doakan akak. <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dik.. Doa dari adk.. Dari kawan2 bloggers.. Dari kluarga dan kawan2 yang lain.. Sangat akak hargai.. :')

      Delete
  5. Bersabarlah. Makcik kinah lagi lama daripada reen. Lebih dari sepuluh tahun Sehingga sekarang masih tiada rezeki. Akan ada sinar buat reen dan suami nanti. Percayalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makcik kinah ada ambil anak angkat..? In sya Allah.. Amiin..

      Delete
  6. Perancangan Allah itu lebih teliti, insyaAllah kebahagiaan menanti kak Reen nanti kerana itu yang dijanjikan pada hambaNya yang bersabar. Mai akan selalu doakan kak Reen. <3

    ReplyDelete
  7. Reen nak berurut tak? Ada kwn akk ni in shaa Allah boleh cuba, nnt akk pm reen no tepon dia, cuma mgkn jauh sikitlah reen nak dtg, tapi mana tau kan, sbb dah ramai yg cuba, dan ramai yg berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah kak.. Terima kasih tolong info reen tentang kawan akak ni.. Tengah proses memujuk suami bawa p kajang.. Hehe

      Delete
  8. sabar kak reen, in shaa Allah doa banyak banyak nanti Allah makbulkan. Lela doa kak reen dapat baby jugak nnti. percaya dengn qada qadar Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin.. Terima kasih lela.. In sya Allah.. :')

      Delete
  9. Allahuakbar.. tak pe Reen.. MUngkin ada rezeki yang lebih baik nanti.. Insyaallah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah.. Amiin.. Terima kasih kak lea.. :')

      Delete
  10. insyaAllah reen, satu hari nti reen akn merasa menjadi ibu, sentiasa berdoa Allah dgr permintaan kita, antara cepat dengan lambat..

    Sepupu zie, 8 tahun menanti, berkat doa dan sabar baru menimang cahaya mata, bby girl..zie sentiasa berdoa utk reen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zie.. Alhamdulillah.. Berkat kesabaran dan doa sepupu zie.. Reen harap reen kuat seperti sepupu zie..

      Kadang.. Bila bulan merah tiba, Menangis skejp.. Sedih sebab masih tak menjadi.. Ada masa.. Reen kuat..

      Delete
  11. Oh...Reen dah brapa tahun kahwin ?..Akak..tunggu 8 tahun baru dapat anak sorang..Harap Reen dan suami sabar dan teruskan usaha dan sentiasa berdoa.Insyaallah...Salam kenal n follow sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. 8 tahun kak.. Allah.. Lamanya.. Kuatnya akak menunggu sehingga 8 tahun..

      Reen baru 3 tahun 10 bulan kak.. In sya Allah.. Terima kasih :')

      Salam kenal juga..

      Delete
  12. Sabar ya Reen. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNYA.
    Tawakal, usaha dan redha In Sha Allah pasti ada hikmah disebaliknya.

    ReplyDelete
  13. yg tidak berlaku itu adalah hikmah yg disorokkan agar kita tak berhenti berharap kepada-Nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen setuju.. Hikmah yang hanya Allah tahu..

      Delete
  14. mila pun masih menanti zuriat dengan penuh sabar, kita kena ambil dari sudut positif mungkin ada hikmah masih belum dikurniakan zuriat. mcm mila, mila nampak Allah S.W.T izinkan mila dan suami kumpul pahala berbakti pada kedua org tua, dan mertua sebb rumah semua dekat-dekat sakit boleh tengok dan jaga hihi...sbb masa bujang dulu dua-dua jenis workholic sibuk dengan kerjaya sekarang bila dah balik ke kpg berkerja dekat sini. kita ada masa untuk orang tua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mila.. Reen setuju. Sebenarnya.. Banyak hikmah tersembunyi yang hanya Allah saja yang tahu..

      Delete
  15. InsyaAllah satu hari nanti akan ada rezeki anak buat Reen. Sabar, Allah sedang aturkan sesuatu yang lebih baik untuk Reen... Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. In sya Allah. Amiin..

      Delete
  16. Kita hanya merancang, tapi Allah yg menentukan. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni kan... bersangka baik dan terus berdoa... InshaAllah ada rezeki awk nnti...

    ReplyDelete
  17. Tkpe reen. Allah maha tahu. Yg pnting jgn lupa dia and mek prcya reen kuat and tabah :) One fine day reen :)

    ReplyDelete