Tapak Urban Street Dining, Food Truck Park

Pada malam minggu lepas, Reen dan suami dating di lokasi yang agak popular iaitu Tapak Urban Street Dining, Food Truck Park yang terletak bersebelahan dengan Avanue K dan KLCC. Dalam entry ini Reen akan ceritakan pengalaman Reen semasa dinner di Tapak Urban Street Dining.

Sebelum ke Tapak Urban Street Dining, Reen ikut suami ke KLCC terlebih dahulu sebab suami ada perbincangan dengan staff. Dari Ampang untuk ke KLCC, sudah semestinya kami akan lalu di jalan Ampang. 

Sementara tunggu suami habis perbincangan, Reen pun jalan-jalan dalam KLCC. Puas juga fikir kemana Reen nak jalan-jalan dalam KLCC yang tak membosankan? Dan waktu itu barulah Reen ingat kat atas sekali ada kedai buku Kinokuniya.

Puas juga berjalan dalam Kinokuniya, tengok buku itu. Tengok buku ini. Suami habis perbincangan lebih kurang pukul 7:30 malam, kami pun terus gerak ke Tapak Urban Street Dining. Kalau dari KLCC memang dekat sangat. Jalan kaki lebih kurang 5 minit. 

Parking kat sini, sejujurnya agak limited. Jadi yang naik kereta tu, mungkin akan agak sukar untuk cari parking. Kalau tak jumpa parking, korang kena park dalam Avanue K atau Hotel Corus.

Tapak Urban Street Dining, Food Truck Park

Kawasan Tapak Urban Street Dining membentuk bulatan dimana, lori akan perking style bulatan dan ditengah-tengah adalah tempat duduk untuk pengunjung.

Tapak Urban Street Dining, Food Truck Park

Nampak meriah kan? Suasana disini lepak waktu malam just nice. Reen suka tengok lampu-lampu yang tergantung tu. Waktu ni masih tak ramai lagi, ye lah. Baru lebih kurang jam 8 malam.. Dan waktu ni hujan rintik-rintik. Alhamdulillah sekejap je. 

Tempat duduk yang Reen pilih tidak berpayung. Kalau hujan tu, berlarilah kami suami isteri cari tempat berteduh. 

Tapak Urban Street Dining, Food Truck Park

Tapak Urban Street Dining, Food Truck Park

Tapak Urban Street Dining, Food Truck Park

Reen just beli air manga dan suami pula beli satey kambing disebabkan kami berdua masih kenyang makan kat KLCC sebelum ke sini. 

Di Tapak Urban Street Dining, mereka menerapkan makan dan kemas. Selesai makan, kita kena kemas sendiri dan buang didalam tong sampah yang disediakan. Pada pendapat Reen, amalan ni sepatutnya kita terapkan dari dulu lagi. Barulah Malaysia ni nampak bersih. 

Jangan terlalu MANJA dengan mengharapkan ada orang lain yang akan bersihkan sampah sarap yang diri sendiri buang kat tempat yang tidak sepatutnya.

Sampai sini saja review Reen tentang Tapak Urban Street Dining. Korang dah pernah pergi? Ada buat entry berkenaan Tapak Urban Street Dining? Moh share link, Reen nak baca.. :D

Tapak Urban Street Dining, Food Truck Park

39 comments:

  1. tiap-tiap minggu lalu depan KLCC tu tapi akak baru tahu pasal tempat ni. ketinggalan bas betul,heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin akak lalu waktu siang.. Tempat ni buka dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam.. :)

      Delete
  2. mcm havoc je tmpt ni,
    sepatutnya amalam dah makan,bersihkan sendiri tu terapkan dr dulu lg kan, org lain nak makan pun tempat dah clean, tak pyh tggu org dtg bersihkan meja..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa Zie.. Orang Malaysia terlalu mengharapkan pada tukang bersih untuk buat kerja2 pembersihan ni..

      Delete
  3. Sesuai untuk warga kota, lebih banyak pilihan tempat untuk makan-makan dengan cara berbeza.
    Anyway thank you for sharing Reen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat KL ni macam2 tempat mknan dan environment ada kan kak Mrs. A. :D

      Delete
  4. bestnya kak reen. sedap tak akak makanan disini? makanan foodtruck ni selalnya sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak makan satey kambing dengan air manga je dik.. Xsedap. Hahahaaa salah pilih menu..

      Delete
  5. Food truck macam ni tengah trending kan sekarang. Kena cuba juga lah nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Trending. Mudah pun mudah untuk mereka yang berniaga..

      Delete
  6. wahh baru tahu pasal tempat ni reen!..huhu...even laluan tu..kiki..btw irda tag reen satu giveaway,join ya babeh..good luck dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dear! Akan Reen terjah lihat giveaway yang Irda tag

      Delete
  7. Mai pernah pergi food truck dekat Dataran Merdeka last year je, hahaha, best sebab meriah tp harga boleh tahan juga la :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dataran merdeka pun ada ya Mai. Akak dah lama tak lepak sana.. Kui kui kui. Sana ramai orang lepak kan lebih2 lagi waktu malam minggu..

      Delete
  8. ooo ada tempat baru eh.. lama pula tak jejalan malam dkt klcc ni.. haha..
    tp ari tu balik tak sempat nak makan abc durian dkt klcc kedai makan penang tu little penang ke nama dia dpn booth faber castle tu -.- sedap ooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Depan booth faber castle.. Dalam KLCC ya? Alamak. Reen xigt ada booth faber castle. Maklum lah.. Nenek a. K. A Reen dah tua ;p

      Delete
    2. tingkat atas sekali tu sebelah stadium tu.. aah dalam klcc..

      Delete
  9. Betul tu reen. Amalan kemas sendiri selepas makan patut diterapkan dari dulu lagi. Okay jugak food truck ni. Boleh cuba kalau siqah ke area sana nanti :)

    ReplyDelete
  10. dekat area umah sy pun dah ada tapak mcm ni...tiap2 mlm meriah esp sabtu ahad...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah. Malam minggu ya anies.. Senang untuk anies. Agak2 malam lapar, leh lepak sana sambil mamam :)

      Delete
  11. baru tahu wujud tempat mkn ni.. KL mu tgu aku dtg..hahahahaha

    ReplyDelete
  12. best best. kat ipoh pun ada tp lom sempat nak terjah lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi nanti singgah, boleh snap gambar dan up dalam blog

      Delete
  13. Replies
    1. Alang2 pergi KL nanti boleh singgah.. Cuba environment kat sini :D

      Delete
  14. Food truck galore la nampaknya tu.. mesti sedap2 semua makanan.. memang betul pupuk rakyat malaysia macam jepun kemas dan bersih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen rasa satey kambing.. Biasa je. Lagi sedap lamp chop yang grill tu dari satey. Uhuhu

      Delete
  15. Kalau Reen tak bagi tahu mmg hakak tak tau Reen.... Yelah hakak ni mmg makcik makcik sangatkan haha.... jarang sangatlah pergi KLCC tu. Hakak pergi hala belah belah Putrajaya jer selalunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaaa kak.. Reen pun sama je macam akak.. Ni tau pun sebab suami bawa. Kalau tidak.. Tak tahulah bila akan tahu :p

      Delete
  16. Ritu pun jenjalan di klcc jumpa kedai buku yg reen cakap tu, tapi lalu sebelah sambil jeling je haha.
    Org bujang, pasangan muda sukalah tmpt2 camni, bg akk yg dah tuo ni pi mkn kt gerai tepi jalan pun ok je.
    Tapi nmpk menarik juga tmpt tu. Lebih2 lagi konsep kemas sendiri tu. Nak tau reen, tuan guru akk ajar supaya kami susun pinggan supaya senang orang kedai nak kemas, dia kata memudahkan kerja orang tu berpahala dan kita mengembirakan orang juga sebenarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. Cara ni juga Reen sangat sokong dan sangat setuju. Kita permudahkan orang.. In sya Allah, Allah akan permudahkan urusan kita pula.

      Delete
  17. Haaa. Bleh try ni. Tp time mek nk pegi tu ade lg ke tak benda ni. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade kot.. Hihihi rasanya kalau byk sambutan.. In sya Allah lama TAPAK ni akan bertapak :D

      Delete
  18. Reeen, wow banyak entri Reen update. Last nadia baca masa tue Reen share pasal kfc chezzy onion tue . Ke nadia yang dah lama tak terjah sini ? Hihi

    Haaa~ kawasan food truck nie nadia ada perasan gak everytime singgah klcc tapi tak kesampaian nak try makan . Kawasan food truck yang Nadia pernah singgah makan dkt Shah alam je . Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat shah alam pun xpe.. Yang penting pernah merasa juga hihihihi

      Delete
  19. Terima kasih Reen kerana sudi luangkan masa utk tulis tentang TAPAK. Kami mengharapkan support yg berterusan. Dan terima kasih jugak kerana mempromosikan budaya jaga kebersihan di TAPAK. We need more Malaysian like YOU. Sila datang lagi yer.

    ReplyDelete