Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Assalamua'laikum.. Hi!

Sedang merancang untuk ke Singgah Santai Resort, Hulu Langat? Tetapi, sebelum pergi nak tengok-tengok dulu keadaan di Singgah Santai Resort best, menarik atau tidak? Jom baca pengalaman Reen dan keluarga ke Singgah Santai Resort.

Di sini, anda boleh datang untuk mandi sahaja atau sekali dengan check-in. Reen dan keluarga hanya datang untuk mandi manda memandangkan rumah Reen hanya di Ampang.

Bayaran masuk agak mahal, tetapi berbaloi kerana kolam renang yang di sediakan saiznya besar. Orang pun tak ramai waktu ini.. Tempat mandi tak sesak dan senang nak berenang ke sana ke sini.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Si Singgah Santai Resort, terdapat 3 kolam untuk kanak-kanak dan 1 kolam untuk dewasa. Berjengket kaki Reen masuk kolam dewasa. Dalam!

Memang puas mandi sini. Kolam pun besar sampai semput nak berenang ke hujung kolam. Bayaran masuk adalah RM10 untuk dewasa,RM5 untuk kanak-kanak.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Ini adalah kolam pertama untuk kanak-kanak berhampiran pintu masuk utama dan di belakangnya adalah kolam kedua untuk kanak-kanak.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Kolam ke dua yang mempunyai gelongsor untuk kanak-kanak bermain.

Kawasan persekitaran Singgah Santai Resort dikelilingi dengan pokok-pokok yang tebal, udara yang segar, sangat sesuai untuk yang nak berehat dan bersantai.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Pemandangan dari pintu gerbang untuk masuk ke Singgah Santai Resort, Hulu Langat.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Kantin comel yang disediakan oleh pihak Singgah Santai Resort untuk beli minuman dan makanan. Yang bestnya dekat sini, korang boleh bawa makanan dari luar. Sebelum datang boleh bawa bekal yang dah di siap masak dari rumah atau yang di beli di luar.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Laluan untuk ke kolam renang kanak-kanak ke tiga dan kolam dewasa.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Banyak tempat duduk yang disediakan oleh Singgah Santai Resort. Sambil berehat, sambil memerhati anak-anak mandi manda.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Inilah kolam untuk dewasa dengan kolam kanak-kanak ke tiga. Yang hujung nun sana adalah kolam kanak-kanak. Siap ada gelongsor juga untuk bermain.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Pembahagi antara kolam dewasa dan kanak-kanak. Pastikan mata ibubapa perhatikan anak-anak ya. Budak kadang mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam sehinggakan sanggup cuba untuk berenang ke kolam dewasa.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Singgah Santai Resort, Hulu Langat

Laluan untuk ke rumah penginapan.

http://www.singgahsantairesort.com/

Salah satu tanda yang disediakan untuk membuang saham dan mandi air bersih serta tukar pakaian untuk yang tidak tidur di Singgah Santai Resort.

27 comments:

  1. bestnya reen!!! siap ada kolam sebelah2 ..bahaya jgk kalau x awasi anak-anak boleh tersalah kolam dorang di buatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah ada dah Unni... Kes budak mati lemas.. Waktu tu sedar2 nampak budak terapung. Uhuhu pernah viral kes ni dulu..

      Nasib baik waktu Reen pergi ni, parents duduk betul2 kat tempat duduk menghadap kolam. Senang nak perhatikan..

      Delete
  2. E'eh seronoknye.. Nak pergi jugakkkkkkkkkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi boleh kak lea bawa hero akak ke sini mandi-mandi.. Seronok!

      Delete
  3. Boleh recommend kak kakak mai ni, dia duduk Ampang juga, tiap minggu mmg bawak anak2 buah mai berenang sbb tu bebudak tu kulit dah tanned tp pandai berenang dh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa tak pe. Kcik2.. Dah beso nanti cerah semula. Kak Mai duk Ampang je.. Dekat sangat dah tu kalau nak g Singgah Santai ni.

      Delete
  4. waa.. best nih.. kira okay kot dengan harga tu reen, sebab ade gelongsor bagai.. air pun bersih.. tak de le keladak.. hee~ boleh pegi nanti nih.. thanx untuk info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak atie.. Hihihi air memang bersih. Lepas tu tak de lah terasa sangat clorinenya. Memang berbaloi mandi sini..

      Kolam dewasa sangat besar. Penat nak berenang.

      Delete
  5. Masakan ibu; without any doubt, the answer is yes. Mother’s cooking is the best and yummy. Ingredient semua cukup.

    Terima kasih mendoakan my wife. Amin. You really understand feelings

    ReplyDelete
  6. Teringin nak ke resort tu. Nanti saya tanya reen macam mana nak ke situ dari shah alam bila saya berpeluang ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Shah alam.. Jauhnya.. Adam dah ada anak? Minta maaf ya Reen tanya. Risau soalan sensitif. Kalau ada.. Hah. Boleh bawa anak-anak, anak buah, adik beradik, family yang lain datang mandi kat sini. Best!

      Delete
    2. Alllaaa, saya dah ada anak. Reen jngan bimbanglah tentang sensitivity. Kalau setakat tanya pasal kehidupan tu, takkan nak sensitif. Pada saya kalau benda yg sulit2 ditanya baru boleh dianggap sensitif. Kita hidup ni it's good sometimes not to be too sensitive to all matters. If we don't, we tend to keep a lot to ourself because it’s difficult to find people who understand us.

      Kalau kita tak nak terlalu sensitif kita kena makan peria mentah. (Jangan pecaya ni).

      Delete
    3. Hahahaa rasa macam dah lama tak gelak macam ni. Awak dari siang tadi dengan peria awak ya. Hahahaa

      "Kita hidup ni it's good sometimes not to be too sensitive to all matters. If we don't, we tend to keep a lot to ourself because it’s difficult to find people who understand us."

      Yup.. Setuju. :D

      Delete
  7. bestnya :) escape cam ni memang terapi minda btoii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi aa. Dengan kawasan keliling hutan. Memang best!

      Delete
  8. besarnya kolam...klu buat trip whole big family mcm best jgk nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best.. Boleh rehat. Bersantai.. Ada penginapan untuk bermalam.. Haaaa gitu.

      Delete
    2. Husna, jangan lupa bawak jiran.

      Delete
  9. Menarik..mesti sejuk kwsn ni, dikelilingi hutan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang boleh dengar bunyi burung bernyanyi.. Sebab kiri kanan hutan.. Memamg best.

      Delete
  10. Tak ramai lagi tau tempat ni! Thanks Reen for sharing :D

    ReplyDelete
  11. Nak pegi jugalah bila ada kesempatan nnt, ok harga utk mandi kt kolam dah tau, harga utk menginap di resort plak camana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tang harga resort tak pasti kak.. Akak cer tgk kat link nama resort kat atas skali. Dalam web Singgah Santai ada harganya skali rasanya..

      Delete
  12. Nak pegi jugalah bila ada kesempatan nnt, ok harga utk mandi kt kolam dah tau, harga utk menginap di resort plak camana?

    ReplyDelete
  13. dulu #kbba9 pernah buat family day kat sini rasanya . tapi lisa tak join hehehe

    ReplyDelete