Red Dress, Warna Yang Memikat

Assalamua'laikum.. Hi!

Pejam celik, pejam celik.. Penghujung tahun hampir tiba. Kemudian, bermulalah tahun baru iaitu tahun 2017. Sungguh cepat masa berlalu kan?

Bercerita tentang tahun baru, bermakna Tahun Baru Cina pun bakal tiba iaitu pada 28 Januari 2017 dan semestinya, warna tema paling popular bagi Tahun Baru Cina adalah merah. 

Selain daripada cheongsam, terdapat pelbagai pilihan red dress design untuk wanita yang terbaru dan bergaya moden untuk Tahun Baru Cina di pasaran. Ada masa sampai rambang mata nak pilih! Sebab terlalu banyak pilihan lebih-lebih lagi untuk wanita.

Jom kita tengok antara koleksi baju cantik, menarik, tertarik, bergaya dan fuh! Menawan untuk Tahun Baru Cina yang bakal tiba.



Bluesky Love Sweet Escape Off Shoulder Dress


https://www.zalora.com.my/bluesky-love-sweet-escape-off-shoulder-dress-red-1015465.html

Reen suka baju ni! Kalau kita kreatif, kita boleh gayakan memenuhi dengan konsep muslimah. Dress Bluesky Love Sweet Escape ini tidak menampakkan bentuk badan. Boleh ditambah dengan inner untuk menutup warna kulit kut kalau tudung terbang kena tiup angin kan.

Lepas tu gayakan sekali dengan tudung berwarna merah dan seluar yang tidak ketat. Kan cun!

Mungkin ada yang di pejabat buat event untuk Tahun Baru Cina dan bertemakan red dress, haaaa. Bolehlah gayakan baju ni!



Zalora Asymmetrical Hem Off Shoulder Dress



Red Dress, Warna Yang Memikat



Zalora Lace Pieced Dress


Red Dress, Warna Yang Memikat



Zalora Crochet Lace Fit & Flare Dress


Red Dress, Warna Yang Memikat

Korang nak tau, baju-baju yang ni semua kita boleh pakai tau! Tapi untuk muslimah, beli dan pakai untuk suami di rumah. Haaa.. Risau tak sempat tunggu malam suami dah ajak menjalankan tanggungjawab bersama. 

26 comments:

  1. yang lace tu cantik, bila pakai merah sebatu boleh nampak hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaaha yang lace tu untuk muslimah macam kita, pakai untuk suami lagi bertambah cantik kan Mila.

      Silap haribulan, suami suruh terus masuk bilik. Jalankan tanggungjawab.

      Delete
  2. ayat last tu paling win reen.. Hahahahaha, Unni xda lagi jubah kaler merah, orang hitam mana sesuai kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish.... Sesuai Unni. Tak kesah warna kulit apa pun, tetap cantik dan sesuai. Yang penting, keyakinan diri.

      Bila kita nampak confident pakai sesuatu pakaian, ianya akan nampak menarik dan cantik.

      Delete
  3. Saya tak tau kadang2 bila saya send atau jawab komen bila send nmpak mcam tak pergi. Kadang2 lambat. So saya jawab komen reen kat sinilah:

    Dua garisan tu memang sama panjang tapi nmpak tak sama panjang.

    Gambar no. 2 dan 3 tu saya nampak orang lidi bersilat. Saya terbalikkan hp, saya masih nampak orang lidi menari di hujung bilik.

    Gambar no 4 tu sebelum ni saya nampak memang pembungkus nasik lemak tapi tadi ada bentuk layang2 pulak.

    Gambar yg kelima tu mungkin persepsi terletak pada tulisan tu. (Untuk merancang keluarga, kena ikut jslan belakang).

    Mungkin kita berbeza tanggapan tapi kita sependapat iaitu kita menghormati pandangan yg berbeza. Insyaalah silaturahim terjaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sya Allah.. Amin.. Tapikan awak. Pandang awak dan pandangan saya ni jauh menyimpang sangat. Hahahaaa saya punya penglihatan nampak lebih kepada bentuk badan wanita.

      Aih.. Malu nak cakap. Walaupun dah rotate hp ke kiri, ke kanan, upside down.. Tetap gambaran yang sama.

      Hehehee betullah tu. Tak semua mempunyai buah fikiran yang sama.

      Delete
    2. Anak saya ada tunjuk satu lukisan. Cantik. Saya kata lukisan tu gambar vase tempat orang letak bunga. Anak saya kata itu gambar dua orang berpandangan. Dia pun kata memang ada vase untuk letaknbunga. Sampai sekarang saya tak nampak gambar dua orang berpandangan.

      Delete
    3. Saya bukan rabun warna. Lukisan tu memang berwarna warni.

      Delete
    4. Hahahaa kelakar pula saya baca tentang cerita awak dan anak awak. Comelnya...

      Bijak anak awak ni.. Sebab boleh nampak vase dan orang berpandangan.

      Delete
  4. kat atas tu nanti saya baca. Nampak menarik macam tuan punya entry.

    ReplyDelete
  5. Macam mna ada dua komen serupa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa Reen pun tak tahu. Tak pe.. Reen padam satu komen yang terdouble tu ya.

      Delete
  6. Merah itu seksi reen hiii.. rasa dah nak dekat dah raya cina

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Seksi. Hihihi Cepat je masa berlalu kan Wani. Tahun depan walaupun Reen 28 tahun.. Tapi rasa macam 82 tahun. Ish ish

      Delete
  7. Boleh aje digayakan utk muslimah. Yg lengan pendik tu pakai cardigan
    Pakai skirt labuh atau seluar panjang dah ok.

    ReplyDelete
  8. Oh! no si baju merah jangan turut serta berdemonstrasi sudah.
    Oooppssss gurau aje Reen.
    Mrs. A suka yang last sekali tu kalau pakai dengan white pants cantik bangat seh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak! Cantik. Dengan baju yang berdesignkan lace. :D

      Delete
  9. Replies
    1. WP tak minat? Hihihi jarang Reen jumpa yang tak minat pakaian bewarna merah..

      Delete
  10. tahun 2016 mek sempat sambut raya cina dengan ank mek. mek jahit je cheongsam tu. cheongsam ank mek beli dekat tesco. tahun ni nk beli dress siap dah. yg lace tu lawa. bleh msuk wishlist. tgu sales skit nk beli :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... Mek jahit sendiri. Mek tak up entry baju yang mek jahit sendiri? Mana tau ada pembaca berminat.. Nak tempah kat mek. :D

      Delete
  11. Kalaulah hakak yg pakai haha....mmg orang cakap dah buang tebiat agaknya....Orang kurus mcm Reen cantiklah pakai...

    ReplyDelete
  12. suka cutting yg nombor dua tu kalau x off shoulder pun cantik

    ReplyDelete