Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia

Assalamua'laikum.. Hi!

Perpustakaan Negara Malaysia terbahagia kepada 3 bangunan iaitu yang pertama, bangunan untuk bacaan Bahasa Melayu, kedua iaitu bangunan untuk Bahasa Inggeris dan ketiga bangunan di dalam Wisma Sejarah khas untuk bahagian pinjaman buku.

Entry Reen kali ini, Reen akan kongsi dengan korang pengalaman Reen yang baru saja tengah hari tadi singgah di Perpustakaan Negara Malaysia untuk pinjam buku dan lihat serta rasa sendiri pengalaman ke Perpustakaan Negara Malaysia.

Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia

Sejujurnya, walaupun Reen dilahirkan di HBKL dan menetap serta membesar di Ampang, baru ni Reen dapat jejak ke Perpustakaan Negara Malaysia. Tiba saja di Perpustakaan Negara Malaysia, Reen masuk bangunan untuk Bahasa Melayu.

Reen terus ke aras 6 untuk melihat bahagian majalah-majalah, dari sini baru Reen tahu yang bangunan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris hanya dibenarkan untuk membaca.

Memandangkan terlalu banyak majalah dan masa yang agak suntuk, jadi, Reen terus ke bangunan Wisma Sejarah yang berada bersebelahan dengan bangunan Perpustakaan Negara Malaysia.

Di Wisma Sejarah, untuk pinjaman buku hanya di tingkat 3. Tingkat lain dah lama ditutup. Sampai je Reen terus ke bahagian pendaftaran. Mereka dah sediakan komputer khas untuk pendaftaran. Pendaftaran ni layan diri ya.

Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia

Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia

Pendaftaran hanya mengambil masa yang sangat sekejap. Selesai pendaftaran, Reen jalan-jalan untuk tengok buku yang disediakan didalam Wisma Sejarah ni. Tapikan, lepas jalan-jalan.. Reen tak jumpa bahagian novel.

Bila tanya kaunter, oh. Baru tahu rupanya kat tingkat atas. Patutlah waktu Reen jalan-jalan nampak ada satu laluan untuk ketingkat atas. Cuma waktu tu nak redah naik, risau tempat larangan. Lepas dapat tau kat atas, haaaaa kaki ni laju je mendaki tangga.

Sampai je, waaaaaaa mata rasa macam bersinar-sinar (over sungguh). Banyak novel-novel yang ada di rak-rak buku. Novel Malay, Inglish, Tamil, Cina. Fuh! Rambang mata!

Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia

Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia

Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia

Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia

Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia

Reen kurang faham cara susunan buku-buku ni. 1 rak, bercampur Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Manakala nama penulis, ada yang susunan tempat yang sama walaupun berlainan tajuk, tatapi ada juga yang disusun tidak sama.

Nak kata mereka susun mengikut penerbit pun bukan, nak kata susun mengikut genre pun bukan. Agak susah sebenarnya Reen nak cari buku-buku yang menarik bila dah bercampur.

Jadi, untuk memudahkan kita, mereka sediakan satu komputer khas untuk cari lokasi buku yang kita nak. Haaaa. Kan senang. Selepas puas jalan-jalan tengok buku, akhirnya Reen buat keputusan untuk pinjam 6 novel ni.

Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia

2 buah novel English yang Reen pilih nampak buruk kan? Reen assume novel tu ramai yang pinjam mungkin sebab manarik dan best, sebab tu Reen angkut sekali.

Max buku yang boleh dipinjam adalah sebanyak 6 buah buku dan max masa yang diberikan untuk pulangkan semula iaitu 4 minggu. Lama kan? Kalau novel, in sya Allah boleh cepat habis. Cuba kalau buku motivasi, buku ilmu-ilmu bermanfaat, 4 minggu untuk Reen? Memang tak sempat.

Yang paling penting, buku-buku ni dipinjam dengan percuma. Haaaa.. Jimat duit saku. Bacanya sekali, kalau beli.. Alamatnya terperap dalam rak buku atau box. Ok, Reen nak mula baca novel hasil yang Reen pinjam di Perpustakaan Negara Malaysia. Selamat membaca semua!

Beberapa quote untuk yang suka membaca.

"A book a day keeps reality away."

"Keep reading. It's one of the marvelous adventures that anyone can have."

"The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you will go."

"A book is a magical thing that lets you travel to far-away places without ever leaving your chair."

"A little reading is all the therapy a person needs sometime."

"I'm not addicted to reading, I can quit as soon as I finish one more chapter."


Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia
Buku-Buku Di Perpustakaan Negara Malaysia

45 comments:

  1. kalau buku kat libray semua best2 kan..

    ReplyDelete
  2. mila dulu kecik-kecik masa sekolah rendah selalu lepak perpustakaan lepas abis sekolah tapi bukan nak baca sangat. huhahuha dengan kawan-kawan jerk. Dulu sekolah mila belakang balai seni lukis je sekarang sekolah tu dah jadi sekolah sukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi selesa kan lepak dalam perpustakaan? Lebih2 lagi bila ade geng

      Delete
  3. Mai pun suka pinjam buku library sbb dah ada kemudahan,sayang kalau tak guna kan. hehehe, kalau nk pinjam novel pun mai jenis cari yg buruk sbb mai anggap mesti yg tu best, hahaha. ni kira kategori judge a book by its cover tak? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa eh. Sama lg la kite mai. Betul! Yang buruk tu mesti ramai yang baca dan mungkin best. Hahahaa setuju. Judge a book by its cover untuk tahu best atau tdk.

      Delete
  4. banyak nye buku. lela suka baca buku tapi kalau pinjam nanti terlupa nak hantar n buat harta sendiri. bertimbun la nanti kena denda. jadi kalau nak baca lela beli. tapi beli nya setahun 2 3 kali ja. haha. sayang pulak kat duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa sebab lela sibuk kan? Tak cukup masa untuk ke library.

      Delete
  5. salam reen.........
    OMG..! seronoknya tengok buku penuh dalam rak..! dekat library shah alam tak penuh sangat tapi boleh la belek lama2 nak pilih buku..
    teruja pula sbb dah lama aim nak serbu library ni,biasa lepak library shah alam,klang,meru atau kuala selangor. (Bukit kapar dekat pun tak jumpa lagi jalan ke sana..hahaha) saya suka pi terjah library2 yang ada sekitar,setakat ni 4 tu ja la yg selalu pergi ,dekat atas k.selangor mcm sabak bernam pun ada banyak tapi tak tersampai lagi..jauh nak naik motor! hahaha..

    em..sis bukan pinjaman boleh 10 buku ka? dan tempoh pinjaman selama 3 minggu? selalu macam itu la.. dulu boleh pinjam 5 buku ja n 2 minggu. huhu
    susunan ikut kod ,hanya librarian yg faham sis.. hahaha..kita google pun pening juga jawapan nya..
    kita biasa pinjam novel kena belek dulu,baca sinosis bukan sbb rupa..hahaha.. takut nanti menyesal..

    sorry komen panjang,teruja pula jumpa geng suka pinjam buku dkt librry

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap..kalau rajin cari novel 'The 100 Year-Old Man Who Climbed Out the Window and Disappeared'.. siap dah ada movie dulu 2013 la ..

      Delete
    2. Hi Nana! Ada geng sama minat! 😘

      Masa tanya kaunter, katanya 6 buah buku dan 4 minggu paling lama. Sekarang dah habis 3 buah buku..

      Seronok dapat membaca semula. Dalam membaca, banyak juga ilmu yang kita belajar. Dalam novel juga kadang ada selit kata2 yang bermanfaat, ttg Islam, ttg solat, dan banyak lagi.

      Reen pun pergi library naik moto. Lagi senang kan? Cari parking senang, parking pun free. Hanya perlu keluarkan ongkos minyak yang hanya beberapa ringgit untuk ke library.

      Dekat tempat Nana banyak pilihan buku?

      Delete
    3. em.. pelik juga..mungkin sesetengah tempat lain.. tapi selangor semua macam itulah 10 buku utk 3 minggu saja.
      Tapi 6 buku pun dah kira banyak juga sebenarnya
      betul tu,walaupun buku santai2 ada juga sesuatu yg boleh diambil dari sana. cuma tak berapa banyak info berbanding buku ilmiah. tapi tak kisah pun kalau ada sikit ilmu dalam tu kita boleh ja usaha sendiri cari berguru/melalui bacaan. hihi
      senang tapi sakit belakang juga la..haha.. naya kalau time tu hujan,risau basah buku.

      kalau dekat library shah alam, banyak tapi tak penuh rak. untuk seksyen lain pun masih ada ruang kosong. tunggu la 10 tahun akan datang,insyaaAllah nak datang balik .

      Delete
    4. 10 thun akan datang.. Lama lagi tu. Hehehe 6 buku pada Reen tetap tak cukup. Kalau hujan kena balut dalam plastic elok2 kan.. Kalau rosak tu, fuh.. Mau kena ganti

      Delete
  6. Dah 13 tahun akak duduk kat KL ni, tak pernah lagi jejak kaki kat sana.
    Rambang mata sungguh kan reen bila ada banyak macam tu. Akak, kalau buku-buku ilmiah ni kejap aje dah pengsan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat rambang kak.. Sampai rasa macam nak ambik semua. Hahaha buku ilmiah.. Reen pun ada beli satu. Rasanya dah seminggu masih tetap tak habis baca.

      Novel yang Reen ambik ni, dah 3 novel Reen settlekan. Hamboiiii.. Bertuah kan kak? 😜

      Delete
  7. 4 minggu mmg lama. Sbb biasanya library lain 2 minggu je kan?

    Sayangnya nak pi sini susah kalau guna public transportation. Saya suka Library KL lagi yg dekat Dataran tu. Canggih rasanya. Sbb 10 tahun lepas pun boleh checkout sendiri, ada tempat dengar muzik etc.

    Tapi dah bertahun x pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen pun tak pasti sebenarnya.. Dah lama tak masuk libary. Hahahaahaa

      Dekat gn dataran ada libary juga? Serius Reen tak tahu. Ini yang buat Reen rasa nak redah. Dapat pinjam banyak buku.. Horeeeee!

      Mula2 singgah Perpustakaan Negara, lepas tu singgah yang dekat gn dataran. Ok juga kan.

      Delete
  8. Bestnya dapat pergi library. Kat tmpt reen ni cik renex lama da x pergi. last g mase sklh ritu. Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi skurangnya Renex dah merasa pergi. Reen ni dah tuo baru nak pergi

      Delete
  9. Heeee, lamanya tak masuk library, last masa tingkatan 6 kot, tu pun library sekolah, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa sebab akak pun sibuk dengan kerja.. Dengan keluarga kan? Macam Reen surirumah.. Anak pun masih dalam proses. Hanya berdua dengan suami kat rumah.. doakan Reen agar dipermudahkan untuk dapat zuriat ya kak. 😳

      Delete
    2. In shaa Allah, moga reen dan suami segera dikurniakan zuriat yg soleh dan solehah,aminnn.
      Sebenarnya akk suka juga baca novel, tp kalo dah start baca tu kang tak boleh berenti, ksng tergendala semua kerja, haha

      Delete
    3. Aaamiinnnn.. Terima kasik kak. Sayang akak! 😍😘

      Hahaha betul tu kak. Memang tergendala. Macam Reen.. Baju keja hubby yang dah bergosok sblum ni hampir habis stock.

      Malam ni baru nak gosok.. Kui kui kui

      Delete
  10. wahh bestnya..Fatin sendiri pun tak pernah jejak lagi ke Perpustakaan Negara sb jauh dari rumah Fatin :( Teringin nak pegi nampak jugak novel yg Fatin teringin nak baca huwaaa..seronoknya..
    enjoy your reading, reen :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dear.. Masuk hari ni dah 3 novel habis dibaca. Seronok. 😁

      Delete
  11. Dah lama benar tak pergi library Reen.
    Last pergi pun zaman sekolah menengah library sekolah.
    Time study kat UMCced konon nak pi library UM nan hado.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama dah tu. Nanti ada masa boleh akak singgah.. Bawa anak2. Haaaa dapat la cuci mata jalan2 sini..

      Delete
  12. aah nak pergi pinjam mmg dkt bangunan tu.. main library utk baca je..
    ari tu pergi naik bus rapid kl opposite aeon maluri bus 402 ke kalau tak silap.. haha tak de keje kan g library naik public transport..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajin awak naik public transport pergi library. Saya? Berat punggung ni haaa nak naik public transport. :p

      Mungkin sebab dah ada kemudahan motor, haaaa rempit aje ke sana

      Delete
    2. haha.. motor pun ada... tp tu la kan.. masa tu terlebih rajin dan saje2 nk cuba naik public transport tp syiok juga la mcm bebas gitu nk g mana2 tp agak lambat sikit la berbanding bawa kenderaan sendiri sbb kalau naik bus jauh betul dia pusing2 mcm g makan angin pula :D

      Delete
    3. Hahaha aa awak. Lg satu yang best naik public transport, kita just rileks ala-ala bos gitu.

      Delete
  13. kali terakhir saya jejak library ialah masa belajar kat UIA hehe

    saya cadangkan sis baca novel cecilia ahern (p.s I love you), best giler!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ada novel cadangan sis ni.. Tadi ada pergi, tapi system down.. Tak dapat pinjam. Hampa... Hampa

      Delete
  14. Rajinnya Reen.... Hakak dulu zaman anak kecik pernah jugaklah pergi Library Kajang tu....pinjam buku. Kononnya nak tunjuk kat anak anak guna masa yg betul hihi.... Lepas tu terus makan satey. La ni dah tak pernah pergi...
    Kalau rumah dekat best jugakkan Reen. Boleh baca majalah hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat baca free kak.. Tu yang rajin. Jimat duit kocek.. Hehehe

      Makan satey Kajang ya kak.. Nasib baik Reen dan makan awal bulan ni.. Tidak, kempunan Reen terbayang2 keenakkan satey kajang.

      Delete
  15. Seronokkan bila dah berada dalam dunia buku.. Mata bersinar-sinar aje bila nampak buku. Huhu.

    Tak pernah lagi jejak perpustakaan negara. Wisma negara pernah lah juga tapi bukan tempat pinjam buku. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup! Sangat seronok. Heaven je rasa. Hihihi

      Delete
  16. zaman study, kat sini lah rumah kedua sy, terperap dr pg smpi nk tutup... tp xpenah pinjam novel sbb lbh byk pinjam buku ilmiah sbb nk buat assignment...arghhh rindunya masa tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi kenangan kan anies. Dari pagi sampai tutup anies duk sini.. Fuh. Lama tu. Macam mana kalau lapar? Ada ke kedai yang dekat2?

      Delete
  17. bestnyaa !! banyak betul pilihan buku

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang banyak.. Cuma tak tahu best ke tidak. Hihihi

      Delete
  18. sronoknya ! mek novel beli dengan fatina tu pn tk habes lg bace. tp mmg niat nk bace time pantang nnt. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Tak pe mek. Kumpul dulu novel. Cuti pandang lama tu.. Haaaa. Boleh habiskan.

      Delete
  19. Waaaa~ bestnyaaa gie library. Nadia tak pernah gie perpustakaan negara. Selalu gie perpustakaan dkt shah alam nie tue pun ntah tahun bila ntah. Since perpustakaan shah alam baru pun Nadia tak pernah gie lagi. Kiki

    Btw, gmbr kartun akhir skali dlm entri reen nie sama lah mcm nadia . Hahhaa . That's how I spent too~ =p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah sibuk.. Dengan kerja.. Dengan rumahtangga.. Hihi

      Delete