Ayat Copy Dan Paste a.k.a Ayat Curi?

Assalamua'laikum.. Hi!

Reen nak tanya satu soalan. Korang pernah jumpa blog yang copy dan paste ayat orang lain dan masukkan dalam blog/media social mereka? Dan dalam pada masa yang sama, mereka tidak memberi atau meletakkan credit kepada asal usul ayat yang diciplak.

Ayat Copy Dan Paste a.k.a Ayat Curi?

Apa pendapat korang tentang orang seperti ini? Tidak bertanggungjawab..? Mencuri..? Cuai..? Pemalas..? Apakah perasan korang sekiranya orang tersebut dengan sewenang-wenangnya mencuri hasil karya korang?

Korang pun tau.. Bukan mudah untuk kita mengarang, adakala jenuh kita memerah otak untuk memikirkan ayat yang menarik untuk pelawat yang datang.

Adakala juga idea yang datang bertimbun-timbun, tetapi.. bila nak mengarang.. Allah. Ayat terus jadi tunggang-langgang. Adakala ayat hilang dalam benak fikiran.

Sebenarnya... Bukan tidak boleh copy paste, boleh. Tapi.. Biarlah kena dengan budi bicara dan caranya. Seperti;

  • Minta izin dulu dengan tuan empunya karya
  • Beri kredit pada tuan empunya karya
Macam mana cara untuk mengesan seseorang itu copy dan paste ayat orang lain? Mudah saja.. 

  • Ayat copy paste selalunya akan ada highlight warna pada ayat orang yang copy dan paste dari sumber lain. 
  • Kalau nampak ayat tu info lain macam je, cuba korang copy beberapa ayat dan paste kat pakcik Google, kalau keluar ayat yang sebijik. Cuba klik sumber yang pakcik Google jumpa dan semak. Ayat yang sama atau tidak. Kalau sama, sah memang ayat copy paste.
Lagi..? Korang ada idea? Cer info kat bahagian komen. 

Reen pernah jumpa blog yang copy dan paste sumber orang lain. Apa yang Reen buat lepas dapat tahu ianya copy dan paste? Reen terus pangkah a. k. a closed dan Reen tidak akan jejak lagi ke blog tersebut. 

Kalau Reen jejak juga dan tinggalkan komen, maknanya Reen dah lupa yang blog tersebut adalah blog yang suka copy dan paste ayat orang lain. 

Reen ni memang pelupa. Salah satu side effect dari penyakit yang Reen alami iaitu Hyperthyroid. In sya Allah, Reen akan buat satu entry berkenaan penyakit ni. 

Satu je Reen nak pesan pada yang suka copy dan paste ayat orang lain, nak copy dan paste tu boleh.. Tapi lepas tu rajinkan lah diri awak untuk edit semula ayat yang awak dah copy tadi agar ianya jadi ayat awak. 

Bak kata mat saleh, "Fine Your Own Voice". Bukan maksudnya suara. Tapi bermaksud cara penyampaian and penulisan anda. Kadang tu dengan hanya baca cara blog seseorang tu, kita boleh tahu samaada hasil karya blog blogger tersebut tulen atau copy dan paste. 

Contoh kalau korang baca blog Reen, ada masa ayat Reen tunggang terbalik, tatabahasa salah. ;p Ada masa cara penulisan yang kelang kabut. Kalau korang baca, memang korang boleh tahu ianya original atau copy dan paste. 

Psssst. Reen masih belajar dan mengkaji bagaimana caranya untuk menulis dengan lebih baik, untuk menulis yang membuatkan u olllss suka baca blog Reen dan faham akan penyampaian blog ini. 

Haaaa. Gitu. Jadi.. All the best to all of us untuk menjadi blogger yang berjaya dan original! 

23 comments:

  1. alhmdulilah setakad ni ade jgk ambik tp pic je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tu biasa.. Hahahaa dan tak seberat seperti kes copy dan paste ayat..

      Delete
  2. Entry cara pilih heels mai pun dah dikopipes , malangnya orang tu tak bagi link pun kat bawah entry tu, just tulis missobsesi, macam la orang nak google missobsesi tu kan. Lepastu lagi sedih, mai google keyword cara pilih kasut tinggi, blog dia yang keluar kat google, blog mai tenggelam. hmmm sedih.

    blog kopipes mmg cepat naik, sebab semua dia kumpul perahan otak blogger lain dia tepek je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog mai blog juga sebenarnya. Cuma Mai kena setting supaya Google Search Engine dapat detect dengan laju dan beri piority pada blog Mai untuk rank tertinggi.

      Ada cara sebenarnya macam mana nak dapatkan rank tinggi yang dipanggil SEO. bab ni kena banyak membaca..

      In sya Allah nanti ada masa dan idea untuk buat ayat, akak akan update sedikit cara untuk dapat kan rank sekurang2nya di page pertama google search.

      Tentang orang yang ciplak ayat Mai.. Tegur aje kenapa tak letak link full. Kalau tak nak letak direct link pun tak pe. Yang penting link full.. Mudah untuk orang copy dan paste kemudian enter.

      Delete
  3. Lebih manis bagi credit pada pemilik asal...lebih sopan begitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Kak PC.. Setuju. Cuma kadang tu mereka ni selfish..

      Delete
  4. Pernah jugaklah jumpa dulu dulu. Pergi satu blog tu mcm sebijik jer entrinya dgn blog sebelum tu....
    Tp hakak layan ajelah....

    Mmg betul bukan mudah nak mengarang ayat kalau tak kena masa....jenuh le perah idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen respect dengan cara akak layankan.. Macam Reen, terus tak ada mood.. :(

      Delete
  5. busyra penah jumpa blogger macam ni. main copy paste aja. kesian blogger lain yang penat perah otak fikirkan ayat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Busyra! Yang copy paste ada beri credit pd original karya..?

      Delete
  6. Kann. Nak mengarang ayat tu bukan lah senang. Kadang tu tgh half way taip terus blank blur xde idea. Huhu

    Kalau nak copy pun atleast letak link blog asal. Baru betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Kadang tu mereka xnk beri credit.. Mungkin fikir orang tak dapat detect..

      Delete
  7. bohong la akalu x penah ambil tp bkn semua laa... dua tiga patah perkataan je termsk gambar tp kredit x penah lupa... but as a blogger, kalu boleh cuba krg kn... guna ayat sendiri wpn cacamerba...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan anies.. Ayat tunggang terbalik pun selumber badak. Janji asli 😂

      Delete
  8. kalau copy paste pun bagilah credit harap sangat jgnlah sewenang-wenang copy paste ayat org bukan senang nak cuba sehabis baik bg info kat orang last-last kena ciplak.

    ReplyDelete
  9. saya setuju pendapat reen...bagi lokman pun.. kalau ambek infromasi dari mana2 blog atau laman web sama ada tempatan atau luar negara...lokman akan edit semula atau diolah dengan ayat sendiri ...kalau lebih baik akan dikreditkan atau tulis sumber dri mana...jgn pula ambek seketul...cari nahas ja tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Setuju. Yang ambik seketul ni selalunya malas.. Malas research, malas menaip.. Hanya rajin copy paste... Bertuah..

      Delete
  10. Akk penah copypaste even citer kopipes akk tu lebih fofular dari entri akk buat sendiri, tapi tak kesahla kan, sbb citer tu mmg best dan penuh pengajaran, TAPI akk mmg bg KREDIT kt blog asal tu.

    ReplyDelete
  11. copy & paste ni normal..
    But jgn sampai copy n paste sebijik...masukkan juga idea kita..baru xjadi plagiat..yedok??

    Zety ada tulis pasal sins of originality dlm my 7 blogging post.

    spitoutkata.blogspot.my

    ReplyDelete
  12. Ayat2 saya pun ada orang copy n paste to theirs. Kata2 bergambar saya oun begitu. Saya malas nak tanya dia kenapa tak mintak, biarlah. Buat ayat atau kata2 bergambat tu bukannya susah sangat. Cuma masa je yg tak terluang.

    Kalau saya copy foto Reen, u marah tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak.. Sebab Reen sendiri letak dan tidak private. Jadi.. Itulah risiko yang Reen sendiri kena tanggung. Ada baik dan buruknya..

      Ya Allah awak.. Awak kata tak susah buat ayat dan gambar? Mungkin sebab awak mempunyai bakat dalam menulis dan bicara.

      Reen ni.. Kena banyak kali preview entry sebelum publish, double check ada salah ejaan atau tidak.. Ayat ada nak tokok tambah atau delete ke tidak..

      Pastu.. Dari segi perenggan, terlampau panjang atau terlampau pendek..

      Delete
    2. Tapikan awak.. Kalau copy untuk niat dan kegunaan yang tidak baik, yup. Saya akan marah.

      Delete