Ayam Masak Halia

Assalamua'laikum.. Hi!

Korang sihat..? Dah 3 hari berturut-turut Reen makan lauk Ayam Masak Halia. Entah kenapa, rasa sedap sangat. Tekak ni ketagih nak makan lauk ni. 

Korang suka makan lauk Ayam Masak Halia? Resepi yang Reen nak kongsi ni adalah resepi yang pada Reen sangat mudah. 

Ayam Masak Halia, Untuk 2 Orang Makan

Potong-potong, campak-campak dan siap! Nampak macam lauk sup kan? Reen suka yang berkuah. Sedap untuk Reen hirup. Fuh!


Bahan-bahan (2 orang makan)

3 ketul ayam (potong kecik ala-ala tomyam gitu
1/2 biji bawang holland (hiris)
1 biji bawang merah kecil (hiris nipis)
2 ulas Bawang putih (hiris nipis)
1 atau 1/2 biji kentang (potong ikut citarasa)
2 inci halia (hiris nipis
3 biji cili padi (terpulang nak skali atau tidak)
1/2 sudu tepung jagung (terpulang nak skali atau tidak)
1 sudu sos tiram
1 cawan air
1 sudu minyak masak untuk menumis
Madu atau gula, garam secukup rasa

Cara masak

1. Masukan minyak, cili padi kemudian tumis semua bahan yang di hiris tadi sehingga naik bau.
2. Masuk sos tiram, kacau sebentar.
3. Masuk air dan kentang. Biarkan dalam 2 minit, api kasi besar, cepat sikit masak. ;p
4. Lepas tu baru masuk tepung jagung, ayam, garam, madu atau gula.
5. Tambah air kalau nampak nak kering
6. Bila ayam dan kentang dah masak, siap! Boleh dihidang dan nyummmmmm.
Selamat mencuba! 

15 comments:

  1. Sedap jugak tu lebih2 lagi hujan macam ni lagi la nak bersup panas..
    Halia tu boleh buat ubat hilang angin hiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha sedap! 1 mangkuk ni memang kejap je licin. Esok masak lg sampai la dah rasa bosan..

      Delete
  2. sedap reen ...suka makan y bersup2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkhasiat.. Minyak pun kurang kan unni.

      Delete
  3. wah best ini kalu time demam..kebah demam hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaaa kan. Makan panas2 pula tu. Fuh.

      Delete
  4. Kaki ayam dia tu sedap betul Reen... gigit gigit sampai dapat hisap sum sum dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling fav kak.. Hahaa kan. Gigit2 sampai hancur tulang kaki ayam hahaa

      Delete
  5. Aiksss, reen lain mcm je ni,cam lepas gian ngidam je ni smp masak lauk yg sama 3 hari berturut2, aminnnn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha aaminnn kak.. Tengah berdebar ni kak.. Hari nak dekat untuk tahu samaada pregnant atau tidak.. Mmmm orang cakap buat tak tahu je. Itu lah masalahnya..

      Reen tak cukup kuat untuk buat tak tahu.. :(

      Delete
  6. mek buat ayam goreng halia hr tu. flaws yg mek buat, tak perap lame ayam dengan garam, ayam trlmpau lame dalam peti ais mnyebabkan dah hlg rase ayam --' and mek kurang letak sos tiram and kicap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. Ayam goreng halia. Sedap mek? Kalau ayam goreng halia.. Reen kurang sikit. Hihihi

      Delete
  7. Sedapnya..sesuai buat lauk brpantang ni

    ReplyDelete