Kisah Seram + Pelik

Assalamua'laikum.. Hi!

Tentu perasan ada beberapa entry yang Reen update sebagai testing. Sebenarnya.. Template yang Reen install ada masalah di mana, gambar tidak keluar di homepage desktop.

Tapi.. Kalau view blog kat hp, ada pula gambarnya. Eh.. Eh. Main-main template yang Reen install tadi. Reen minta maaf ya.

Reen.. nak kongsi satu cerita yang seram + pelik. Tadi.. Lebih kurang jam 10 malam, Reen dan hubby nak keluar pergi lepak minum sambil tengok bola.

Masa Reen nak naik motor depan rumah, Reen terpandang pintu rumah jiran.. Dan Reen nampak ada orang tengah pandang ke arah Reen.

Reen pun pandang la balik. Mata Reen di sepet sepetkan sebab rabun jauh. Dalam hati, eh eh.. Orang ni dah kenapa pandang lama-lama. Lantak la. 

Apa yang peliknya.. Orang tu tinggi semacam. Lepas tu muka nampak terang, tapi tak nampak mata, hidung, mulut, pipi. Nampak terang tapi kosong.

Haa.. Sudah. Reen kurang seram sikit sebab hubby ada. Hahahahaa Dan sebab lampu ruang tamu rumah jiran terang benderang. Bermakna, ada orang dalam rumah. Mueheheee

Balik je dari minum, Reen pandang lagi pintu rumah jiran. Pun masih nampak orang tu lagi.

Kisah Seram + Pelik

Nampak tak dalam gambar ni, kat bahagian pintu masuk. Nampak seolah-olah orang tengah tengok luar. Kepala nampak macam pakai sarung sweater pun ada. Ala-ala grim-reaper gitu.

Bila gerak dekat lagi, oh. Kain rupanya. Kurang hasam betul. Buat Reen suspen je. Reen pun masuk rumah dengan hati yang tenang.. ;p

14 comments:

  1. hahaha suspen je kak reen pepagi buta ni :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha Mai dah zoom gambar atas tu? Nampak tak bentuk muka yang tengah pandang luar? Hihi

      Delete
  2. Replies
    1. Hihihi nasib baik waktu tu ada hubby. Kalau tidak.. Laju je denyutan jantung. Berdebar2 gitu.

      Delete
  3. sangat seram..huhuhuhu.. Fokus tul Unie perati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuni nampak bentuk macam muka tengah pandang luar?

      Delete
  4. hahahaha pegi pukul rumah depan sebab menakutkan mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi sabar je lah. Die pun tak jangka cara sidai macam tu bila waktu malam pastu dengan cahaya lampu rumah membuatkan nampak seperti orang.. Suspen je.

      Delete
  5. Hahaha.... terpedaya rupanya. Ingatkan betul betul manusia yg skodeng ye Reen. Kalau manusia skodeng ok lagi Reen, takut kalau momok hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaahaa reen sebenarnya fikir momok kak. Tapi mcm yang reen ckp.. Hubby ade. Xde lah gerun sangat. Hahaha

      Delete
  6. punyalah focus baca ...hihi sekali kainn daaaa..huhu

    ReplyDelete
  7. Haha, sape suh tak pakai cermin mata dah tau rabun jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi budget tak cukup kak nak buat.. ;p

      Delete