Cara Untuk Dapatkan Template Blogspot Percuma

Setelah berhempas pulas mencari template, akhirnya Reen jumpa satu template yang lebih sedap mata memandang dan mudah untuk digunakan serta mudah untuk edit.

Jadi, Reen nak kongsikan sekali dengan korang cara untuk dapatkan template blogspot percuma. Daripada beli dekat Etsy, lebih baik ambil yang percuma. Kan? Kan? Jimat duit. Lepas tu, nak tukar template banyak kali pun tak ada masalah.

Cara Untuk Dapatkan Template Blogspot Percuma

Kalau nak beli juga kat Etsy, boleh. Cuma, sebelum beli.. Korang kena selidik betul-betul, kalau tidak.. Jadi macam Reen. Rugi duit den. 

Template yang berbayar atau percuma, masing-masing ada kekurangan dan kelebihan. Tetapi, tidaklah ketara.

Perbezaan yang paling utama, hanyalah untuk template berbayar.. Unlimited access. Korang boleh edit mengikut kesukaan korang dari segi warna template, sidebar, footer, warna menu, dan korang boleh buang nama credit designer blog.

Manakala yang percuma, korang tak boleh padam nama credit designer blog. Bila padam, automatic blog korang akan redirect ke blog/website designer blog. Maknanya, korang tak dapat view blog korang. Haaa padanlah muka. Kui kui kui. Sebab Reen pernah kena. ;p

Sedang kusyuk cari punca dan cara bagaimana nak unlock credit designer, ada beberapa code yang Reen padam dan blog Reen tak dapat view. Kena lah letak code credit tu semula dan baru boleh view. 

Tapi.. sebenarnya tak pe lah kan. Designer tu dah baik hati bagi kita free, sebagai ganjaran.. Dia tumpang nama dalam blog kita supaya lebih ramai lagi tahu akan kewujudan perkhidmatan mereka. Bak kata orang putih, give and take gitu.

Nak dapatkan template percuma, senang saja. 

Pertama → Korang boleh pergi ke https://gooyaabitemplates.com/ dan kemudian, cari dan pilih je mana-mana template yang korang berkenan. Dah jumpa? Ok. Ikut langkah seterusnya.

Kedua → Korang buka website https://sitecheck.sucuri.net/ untuk semak samaada template yang korang pilih, ada virus Malware (malicious software) atau tidak. Website ni Reen tahu melalui blog https://www.ahmadhasif.my/. Klik sini untuk tutorials semak malware.

Ketiga → Kalau clear dari virus, boleh teruskan untuk download. 

Keempat → Lepas dah download, upload pula ke dalam blog template korang. Klik sini untuk tutorials cara upload template.

Kelima → Setting mengikut instruction yang ada didalam zip file. Tapi, kalau tak ada.. Email atau whatsapp Reen ok. Reen akan tolong dan ajar macam mana cara untuk setting. Reen tak dapat buat tutorials setting sebab.. Setiap template kebanyakkannya mempunyai setting yang berbeza.

Lagi satu tips, selalunya selepas korang upload template percuma. Tarikh yang selalu ada di bawah tajuk post akan berubah menjadi masa. Klik sini untuk info cara tukar ke tarikh semula.

Dan.. Taraaaaa!!! Siap! Korang boleh menikmati template baru korang dengan jayanya. :)

48 comments:

  1. Dah banyak dah template free,, x payah rugi duit hiii

    ReplyDelete
  2. Step kedua tu bagus. Selalu kita excited nak template baru, lupa nak check mende2 lain :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Reen pun sebenarnya lupa.. Smlm, lupa check malware. Lepas dah beli template, baru perasan ada malware. Rasa nak nangis pun ada.. Rugi. :(

      Delete
  3. template berbayar pun still tak boleh remove credit la reen. kalau nak remove, kena contact seller tu dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni.. Template yang Reen beli, semua boleh remove..

      Memang tidak dinafikan ada template berbayar yang akan kenakan extra charge untuk remove..

      Delete
  4. blog sy ada virus lah.. :(

    semua template free kt web gooyaabitemplates tu cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh remove.. Tapi reen xpandai nak remove. Uhuhu untuk blog kecil mcm reen, dorg xpandang sgt utk hack.

      Tapi.. Kalau blog tu trkenal, byk visitor.. Dpt memberi faedah pd mereka. Haaaa hackers akan mulakan kje mereka.

      Delete
  5. ish duk berbelah bagi dah skrg ni macam rasa nak tukar template pulak,hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaa jgn jadi mcm akak.. Dah berapa kali tukar ni.. Geram. Banyak pula cantik2..

      Delete
    2. aik semalam rasa datang sini template lain? hahaha tukar lagi ke kak reen :p

      Delete
  6. ni la blogger,tukar2 template xbolh dipisahkan..
    hihii

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Yup. Sangat jimat dan boleh tukar banyak kali. Hihihi

      Delete
  8. entah bila Cik Renex nak tukar template ni. teringin tapi xsmpt nk godek2 ag..
    nti nak tukar reen g kat website tu. thank you share

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade masa nanti blh la tkr..hihi nak tkr pun kne luangkan byk masa.. Sbb nk edit lg ikut warna yang kita nak..

      Delete
  9. unie buat xjadi rean.. :( help me.. nak sgt tukar template ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unni buat tak jadi.. Whatsapp Reen boleh? Senang nak chit chat. Dalam ni macam lambat sikit nak balas.. Hihihi 019-925 5599

      Delete
  10. Kinah pun pakai template dari side ni gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senangkan kinah.. :) Jimat sangat. Lelas tu boleh pilih mana nak..

      Delete
  11. Aah apa salahnya letak kredit kan.. Sian designer tu buat penat2..
    Nk buang or tukar kena belajar la tak pun beli template.. 😷

    ReplyDelete
  12. dulu rajin jg tukar2 template..thanks for sharing, nk gi jenguk website tu..kot2 ada yg berkenan..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi sila kak.. Nanti banyak template yang akak akan berkenan..

      Delete
  13. wah ini yg ku cari...tq tq..sgt bermanfaat for me la..

    ReplyDelete
  14. tq reen.. entry yg sngt berguna pada semua blogger kalau nak tukar template. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome.. Banyak lg tmpt yang blh dpt free template. Cuma kat link yang Reen bagi lebih banyak pilihan..

      Delete
  15. wahh tq reen..boleh tukar tukar banyak kali dah ni, byk sgt yg cun cun hehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi mcm Reen.. Dah byk kali bertukar hahahaa

      Delete
  16. Bagi chance orang orang muda ajelah yg tuko templete ni Reen, hakak yg dah kilauan ni pakai templete yg ada sudahlah hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhaahhaah mana ada kilauan. Reen tengok muda lagi haaa. Jiwa akak pun muda. :p

      Reen pun macam akak. Ckup lah tukar. Penat nak edit, lepas tu edit2 lg bila tukar yang baru.

      Template ni dah ckup kak. In sya Allah. :D

      Delete
  17. Tq dear.. Sampai sekarang akak masih tak puas hati dgn templete akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Template untuk blogspot yang sedia ada.. Memang tak berapa cantik kak. Design pun gitu je.

      Kalau akak nak download untuk free dalam website yang Reen share kat atas, boleh. Tapi.. Akan ada orang yang sama guna template tersebut. Cuma tak sebanyak seperti yang sedia ada dalam blogspot.

      Kalau akak nak tempah pun boleh.. Reen ada ramai kawan yang offer buat template dengan bayaran serendah RM20.

      Akak cakap je nak warna apa, bentuk apa? bunga? Reben? Dan pelbagai bentuk lagi. In sya Allah mereka boleh buat exclusive untuk blog akak sahaja.

      Haaaa nampak tak. Keluar dah ayat promote Reen Hihihi :D

      Delete
  18. Oh! Reen dah tukar template lagi...
    Hurmmmm....rambang matalah tu.
    Cantik dah template ni ;-)
    Kata sifu blogger (HH) tak elok selalu tukar-tukar template tak baik untuk SEO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak info ttg seo.. Hihihi in sya Allah dah xtukar.. Sebab Reen suka dan selesa dengan template ni. Tapi, kot akan datang template ni tiba2 meragam.. Baru Reen tukar.

      Lagipun, selesa sangat dengan template ni. Kemas.. Pada mata Reen. Heh :D

      Delete
  19. thanks 4 s sharing... mmg ada hati nk tkr template tp belum kuat iman lagi hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaa nanti boleh tukar.. Once dah tukar.. Banyak nak kena edit.. >,<

      Delete
  20. sume free ke,,eh besnyee. pnt jugak nk cari template ni haha. lagi lagi nk yg free

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. Free. Klik website yang Reen info diatas dan download template yang berkenan. Template blog Reen sekarang ni pun free :)

      Yup! Memang best. Rezeki free, gunakan dengan sebaiknya hihihi ;p

      Delete
    2. yey. thank you!. baru lepas tukar template hahah

      Delete
    3. Lepas ni kalau dah boring guna template tu, boleh tukar template lain pula yang free ;p

      Delete
  21. nak tukar template kena waktu lapang2, sebab agak mencabar kesabaran huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Banyak masa yang di perlukan juga :D

      Delete