Black Dan Klinik Vet

Assalamua'laikum..

Hi..!

Sejak dua menjak ni, tiba-tiba telinga kanan Black mula berkudis. Reen hantar Black ke Klinik Vet sejak minggu lepas lagi. As per doctor request, Black dikehendaki untuk ke klinik 3 kali, tapi kena seminggu sekali.



Alhamdulillah.. Semalam masa Reen nak hantar Black ke klinik, nampak improvement pada kudis Black dah semakin hilang. Black pun dah mula main kejar-kejar dengan Syg.

Kalau tak, sebelum ni Syg ajak main.. Nampak beno cara si Black malas nak layan. Hahahaa

Masa kat klinik, Black tak boleh nampak ada orang lain atau pets lain. Dia takut.. New environment, dia kurang selesa. Asyik nak lari dari Reen..

Reen sempat snap gambar appointment kali kedua. Uhuhu

Muka Black tak senang duduk.



Doctor yang merawat Black.

Reen tak sempat snap gambar masa Black kena enjit ubat kudis, doctor tu laju buat kerja. Sedar-sedar dah siap.  Sambil doc check, sambil tanya Reen..

Doc: Kucing u ke..?
Reen: Kucing datang.. Tiba-tiba dia masuk rumah then buat macam rumah sendiri. Hahaaa
Doc: Pandai dia pilih rumah ya.

Reen pun seyum je. Reen memang tak tahu siapa tuan asal si Black. Teringat masa mula Black masuk rumah. Langkah kaki dengan penuh confident seperti rumah tuan dia.

Black masuk rumah.. Makan. Lepas tu dia lepak.. Sampai la sekarang. Kalau dia bosan duduk rumah Reen, dia pergi rumah jiran sebelah. Tu lah perangai dia..

Masa first jumpa doc, alhamdulillah doc bagitahu kudis Black tak ada fungus. Sekiranya ada, berkemungkinan besar Black kena diasingkan dari kucing yang lain. Risau berjangkit..

Senang hati tengok Black dah mula main kejar-kejar dan bergurau dengan Syg. Kalau tidak, Syg buli Reen. Dia ajak Reen main dan bergurau dengan dia.. Kadang-kadang tu malas sebenarnya nak layan kerenah Syg. ;p

Syg & Black.

16 comments:

  1. Replies
    1. :) Dulu Black hensem.. Sekarang kurang sikit sebab misai dia ada yang panjang, ada yang pendek (sebab putus).

      Delete
  2. Biasa klau kudis cm ni mek letak gamat dlu pastu klau tk elok jgk bru mek suh spouse mek bwk balik ubt utk inject 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak gamat pun boleh hilang? Klau dorg jilat, tak bahaya..?

      Delete
  3. Gambar last tu pandai pulak syg & black tengok camera ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni dorg tgh duduk atas sofa tu.. Lepak-lepak selepas penat bermain. Tu yang Reen snap kejap. Hahahaa

      Delete
  4. comelnya..black & white..pandai posing..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi tengah rehat tu yang Reen snap. ;p

      Delete
  5. Replies
    1. Black kata 'Terima kasih uncle..' Lalalalaaaaaa ;p

      Delete
  6. Pandai pulak kucing beraksi ambil gambar ye. Hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiihii kebetulan dorg tengah rehat, tu yang Reen snap.

      Delete
  7. lawa posing tanak kalah kucing tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok Black posing macam pondan. Opss..! Sorry Black mama kutuk Black! Hihihi :D

      Delete