Belajar Buat Template Blogger & Ai

Assalamua'laikum..

Hi..!

Sejak dua menjak ni Reen banyak survey dan belajar cara untuk buat template blogger, cara guna CSS, edit html dan segala bagai tentang tutorial blogger dan Ai. Sebab tu lambat sikit update blog. Hihi

Belajar Buat Template Blogger & Ai



Kepala pun jadi blur dah ni. Dari pagi sampai ke petang mencari info.

Reen hanya tahu basic tentang templete, download dan upload dalam blog.

Nak edit-mengedit ni, memang 0. Bab Ai lagilah 0.01 je pengetahuan yang Reen ada. Hihihi

In sya Allah, Reen akan buat tutorials blogger untuk dikongsi dengan kawan-kawan.

Reen nak cerita tentang semalam.. Reen pergi beli barang dapur dengan hubby. Kebetulan kat supermarket tu ada sediakan penimbang berat dan ukur ketinggian dengan hanya bayaran 20sen.

Masa tu memang kepala sangatlah blur. Kat screen tulis tinggi 156cm dan berat 46kg. Tapi mata Reen nampak berat 56. Yang seratus nampak, tapi macam tak nampak. Macam mana tu?

Bila sampai rumah, dengan confident Reen cakap kat hubby.

"Macam tak percaya berat 157. Gemuk pulak, padahal baru lepas bulan puasa." Reen sedar yang Reen cakap satu lima tujuh. Tapi disebabkan kepala blur, confident betul pun jadi tinggi.

Pastu hubby buat muka pelik. Nampak sangat muka dia berat 157????

Pastu hubby cakap yang tu tinggi.. Berat 46kg. Lepas hubby jawab gitu, Reen pun eh..?? Terus terdiam jap dok fikir. Hahahaaa

Nasib baiklah hubby masak sangat dengan perangai Reen yang terlebih confident ni. Kui kui kui.. 😜

14 comments:

  1. Dah lama tak jumpa timbang yang 20 sen tu...156?... hihi

    ReplyDelete
  2. Ada lagi ye penimbang yang 20 sen tu.
    Akak ni tinggi pun dah lupa berapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi ada kak.. Kat Aeon Big, Ampang..

      Delete
  3. sis reen cepat update tutorial nk edit blogg :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sempat update dua je malam tadi.. Hihi

      Delete
  4. oooo guna AI perlu amik masa tu.. semoga berjaya ye..
    haha.. tu tanda tak cukup rehat tu mata hati2 ler.. nanti kena pakai spek cm sy ni ha.. org yg selalu main kod hadap komputer lama2 ni mmg akan jadi cmtu mata tu..

    Blogwalking sini jom baca article ;

    Cara Mudah Menggunakan Google Analytic article...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi skrg pun dah mula rabun jauh sikit..

      Delete
  5. jemput sertai my first segmen
    http://bicaragadisbiasa.blogspot.my/2016/07/segmen-bloglist-2016-by-cik-eyz.html

    ReplyDelete